Buruk BEnar Malaysiakini...Suka Adu Domba Cerita Pembohongan Dan Fitnah....

SELAMA hari ini baru sekarang penulis tahu bahawa keluarga besar Datuk Sri Najib Tun Razak ini ada jurucakap. Entah siapalah yang dilantik jurucakap tu tak tahulah tapi portal berita pembangkang Malaysiakini kata ada jurucakapnya tu.

Macam-macamlah kan, bila timbul satu perkara, perkara lain yang tidak berkait akan dibangkit untuk memanjangkan sensasi. Pagi tadi dakwaan kononnya Najib bayar USD 500 juta kepada Hillary Clinton, sekarang dah cerita yang inilah pulak.

Cakap pasal keluarga Najib ni, banyak benda yang dah diputar belit dan disensasikan sebelum ini tapi tak pernah wujud jurucakap, kali ini ada jurucakap. Memandangkan identiti jurucakap ini masih kabur disamping mengangkat taraf pemberitaan Malaysiakini agar setanding dengan keadaan semasa, maka jurucakap yang entah siapa-siapa ini kita kenali sebagai JC 1 (Jurucakap 1) sajalah.

Isunya tentang dakwaan konon berlaku ‘persengketaan’ antara anak-anak tiri Najib lanjutan dari penyebaran satu mesej di aplikasi whatsapp akan luahan hati salah seorang dari mereka berhubung saman sivil yang difailkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) terhadap Riza Aziz.

Sumber pejabat Perdana Menteri sendiri mengesahkan kepada portal ini bahawa tidak wujud jurucakap keluarga Najib, jawatan itu (jurucakap) memang tidak pernah ada, rasmi atau tidak rasmi. Begitu juga tidak ada mana-mana pegawai Perdana Menteri yang bercakap dengan wartawan portal berkenaan mengenai isu tersebut.

Tak tahu mereka peroleh berita itu dari mana, mungkin dari burung-burung yang berkicau di tepi tingkap dapur Seri Perdana agaknya. Burung pun burunglah, asal ceritanya boleh jual.

Sebetulnya, mesej yang dikatakan dari adik kepada Riza itupun sebenarnya masih dipertikaikan kesahihannya, sehingga sekarang penulis tak tahu asal usul mesej itu dari mana selain apa yang tersebar di Whatsapp. Tapi sikap sesetengah orang Malaysia yang gemar menerima berita sensasi tanpa berfikir, membolehkan dakwaan-dakwaan murahan macam ini laku.

Kalaupun ada (persengketaan) itu, masalahnya apa pulak? Apa dalam Malaysia ni semua keluarga hidup aman damai ke? Takkan masalah dalam rumah tangga orang pun nak jadi bahan mengata kot, apa dah takde kerja lain ke?


mykmu

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana