Azmin perlu jelaskan pembangunan di Paya Indah Wetland

Empat Menteri Besar Selangor terdahulu menolak cadangan untuk membangunan kawasan tersebut kerana ia merupakan hutan warisan dunia, tapi Datuk Seri Azmin Ali benarkan.

Berikutan itu MB Selangor tersebut digesa menjelaskan apa cerita sebenar penukaran status tanah pertanian kepada kawasan pembangunan di kawasan Paya Indah Wetland, Mukim Tanjung Dua Belas, Kuala Langat, Selangor.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata sekiranya dakwaan tersebut tidak benar Mohamed Azmin harus mengambil tindakan undang-undang.

"Yang mendedahkan perkara ini adalah anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) seumur hidup dan bukannya UMNO, sekiranya UMNO mungkin akan dituduh sebagai konspirasi dan pelbagai tuduhan lain.

"Justeru beliau (Mohamed Azmin) perlu menjelaskan perkara ini, kalau ini fitnah beliau boleh ambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mendedahkannya," katanya.

Hari ini, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin memuat naik satu kenyataan terbuka mendakwa bahawa Mohamed Azmin melalui satu mesyuarat telah meluluskan penukaran status tanah tersebut dari pertanian (terhad) kepada kawasan pembangunan.

Badrul Hisham atau dikenali sebagai Chegubard mendakwa penukaran status tanah di kawasan Paya Indah Wetland yang diisytiharkan warisan dunia itu akan menyebabkan alam sekitar terjejas dan sekali gus mengganggu ekosistem dunia.

Noh yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor meminta pihak yang mendedahkan perkara itu membuat laporan kepada pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar tindakan wajar dapat diambil.

"Kalau sekadar dedah sahaja dan tidak buat laporan tidak ada makna. Saya juga nak minta SPRM mestilah mengambil tindakan segera dengan membuat siasatan sekiranya laporan telah dibuat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana