Apa cerita PM dengan Yang di-Pertuan Agong...?

Siapa tahu...ada puak yang sedang teropong tercari cari apa khabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dicelah kehangatan isu terkini mengenai saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika yang ada kaitan dengan 1MDB.

Mungkin mereka rasa tidak sedap badan dan gelisah tengok suasana sekitar gambar ini.

Nampaknya ia tidak menepati apa yang mereka harapkan yakni senario yang tegang dan kelam kabut dalam kerajaan berdepan dengan isu itu.

Gambar ini dirakam pagi Jumaat ketika Perdana Menteri bersama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pagi Jumaat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan Negara di Putrajaya.

Beliau kelihatan tersenyum riang semasa berbual dengan Yang di-Pertuan Agong pada istiadat yang diadakan sempena sambutan hari keputeraan rasmi baginda itu.

Selain Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah turut berangkat ke istiadat itu,hadir sama isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan para panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Pada istiadat itu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah sembah ikrar taat setiat kepada Seri Paduka selaku Pemerintah Tertinggi ATM

Inilah kali pertama  istiadat berkenaan diadakan di pusat pentadbiran kerajaan persekutuan,Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana