Apa cerita disebalik kontroversi twitter Azmin sindir ADUN PAN Hulu Kelang…?

Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa dimana Datuk Seri Azmin Ali PKR jadi wakil rakyatnya dan DUN Hulu Kelang dimana Saari Sungib Parti Amanah Negara (PAN) wakil rakyat terletak sebelah menyebelah dalam peta Selangor.

Di khayalak ramai Menteri Besar Selangor itu dan Timbalan Pengerusi PAN Selangor itu nampak macam rapat.

Sebab itu ramai yang terkejut dan kini jadi berita hangat bila Azmin menerusi twitternya Ahad dipercayai sindir Saari dengan kata : "nak jadi pengemis untuk jawatan EXCO ke?"

Ia dipercayai sebagai rekasi kenyataan keras Saari di satu forum dimana beliau seolah mempertikaikan Azmin masih ‘ simpan’ PAS lagi dalam kerajaan negeri Selangor.

Lebih sembilu lagi beliau dilaporkan dakwa Azmin sedang bermain main politik istana berbahaya untuk mewajarkan keputusan mengekalkan PAS dalam kerajaan negeri.

Saari yang dulu menang atas tiket PAS sebelum lompat masuk PAN juga dakwa  adalah tidak produktif untuk meneruskan kerjasama dengan PAS.
Baginya PAS  "tidak lagi boleh diperbaiki”.

Bagi kebanyakan pemerhati politik kenyataan Saari di forum berkenaan jelas mengambarkan ‘ perang dingin ‘ terus membara secara dalaman mengenai isu PAS dalam hubungan PKR dan PAN.

Selain Saari seorang lagi ADUN PAS yang lampot sertai PAN ialah wakil rakyat Morib Hasnul Baharuddin.

Maka dari 15 ADUN asalnya,kini PAS ada 13 ADUN.Tiga dari mereka berjawatan Exco Kerajaan Negeri.

PAN yang ditubuh sekoran perpecahan PAS tidak ada Exco Kerajaan Negeri.

Azmin yang ditemui wartawan selepas satu majlis Isnin enggan mengesahkan atau menafikan beliau menulis mesej twitter yang kontrovesial itu.

Beliau mengelak jawab dengan hanya berkata, "saya tidak tahu. Hanya memberi tumpuan kepada isu-isu besar, seperti apa yang saya jelaskan."

Saari yang ditemui wartawan kemudian kata beliau yakin mesej twitter itu bukan dari Azmin.

“Itu bukan dia. Bila saya baca tweet ,reaksi saya tidak mungkin dia .Saya tidak dapat bayangkan dia buat begitu,”katanya.

Soalnya kalau Azmin tidak tulis mesej twitter itu yang printscreen mesej itu turut tersebar…siapa yang menulisnya.

Apapun Azmin yang mengulas isu PAS tetap mempertahankan keputusannya mahu parti itu kekal kerana kerajaan Selangor dimenangi bersama PAS masa pilihanraya umum ke 13 lalu.

"Ini bukan mengenai pilihan saya atau pilihannya . Ia adalah pilihan yang dibuat oleh rakyat. Maka kita  perlu terus bangunkan Selangor.

Beliau tidak mahu ada pihak yang cuba renggangkan hubungan yang sedia ada.

Azmin juga menafikan Istana Selangor ada campurtangan dalam urusan politik negeri itu.

Selain PAN adalah menjadi rahsia umum DAP ‘ cukup membara’ dengan adanya PAS dalam kerajaan Selangor.

Ada pemerhati yang kata Azmin terpaksa mempertahankan kedudukan PAS dalam kerajaan negeri kerana tidak mahu kedudukannya sebagai Menteri Besar tergugat.

Lagipun PAS yahng kuat mendokong Azmin jadi Menteri Besar semasa krisis calon jawatan itu selepas ‘Langkah Kajang’.

PKR mahu Datuk Seri  Wan Azizah Ismail jadi Menteri Besar namun ia ditolak oleh Istana Selangor.

Bayangkan apa jadi pada kerajaan negeri tanpa 13 ADUN PAS.

Kedudukan dalam kerajaan negeri Selangor sekarang ialah 15 DAP,13 PKR, 13 PAS ,dua PAN manakala UMNO/BN 12 dan satu Bebas Tan Sri Khalid Ibrahim.

Ini bermakna kerajaan Pakatan Amanah akan hilang majoriti dua pertiga kerana hanya ada 30 ADUN.

PAS,UMNO dan Bebas ada 26.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana