Makan Diri Lah Nanti!!!! DAP sembunyikan sesuatu mengenai projek terowong mega

Kerajaan pimpinan DAP negeri dibidas kerana enggan menjelaskan kenyataan bercanggah mengenai kajian kebolehlaksanaan projek pembinaan terowong dasar laut.

Pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Jason Loo berkata keengganan kerajaan negeri khususnya Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang, Lim Hock Seng, jelas menunjukkan mereka menyembunyikan sesuatu mengenai projek mega itu.

Menurutnya, dalam laman sesawang rakan kongsi Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd., iaitu China Railway Construction Corporation Limited (CRCC), telah melaporkan pada 2013 bahawa nilai kajian kebolehlaksanaan termasuk reka bentuk terperinci dan kajian impak alam sekitar untuk projek terowong dasar laut dan tiga jalan-jalan utama hanya bernilai US$22 juta (RM90 juta).

"Kerajaan negeri pernah mengumumkan bahawa keseluruhan kajian kebolehlaksanaan projek terowong dasar laut dan tiga jalan-jalan utama adalah RM305 juta. Jadi saya ingin bertanya kepada kerajaan negeri dimanakah selebih RM215 juta?," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Consortium Zenith dianugerahkan projek itu menerusi proses tender pada tahun 2013, bersama syarikat usahasama antara Zenith Construction Sdn Bhd., CRCC, Beijing Urban Construction Group, Sri Tinggi Sdn Bhd., dan Juteras Sdn Bhd.

Projek terowong dasar laut itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di bahagian pulau ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga pakej lebuh raya itu ialah Jalan Pesisir Pantai Utara (menghubungkan Tanjong Bungah dan Teluk Bahang), Lebuh Raya Pintasan Ayer Itam-Tun Dr Lim Chong Eu dan Lebuh Raya Pintasan Persiaran Gurney-Tun Dr Lim Chong Eu itu bernilai bernilai RM6.3 bilion.

Loo berkata hasil pembongkaran mengenai projek mega itu menyebabkan Lim enggan berjumpa atau berdebat dengan beliau dan sebaliknya memilih seorang yang bukan kelahiran Pulau Pinang untuk berdebat di sini.

"Bukankah ini satu kelemahan Lim dan kerajaan negeri yang sanggup memilih Datuk Liang Teck Meng yang bukan kelahiran Pulau Pinang untuk berdebat. Saya berasa sangat kecewa kerana sebagai kerajaan negeri yang berprinsipkan Cekap, Amanah dan Telus (CAT) memilih untuk bersembunyi dan membisu untuk menutup skandal ini," katanya.

Selasa lepas, Lim mengumumkan bahawa beliau sedia menerima cabaran Setiausaha Agung Gerakan untuk berdebat mengenai projek terowong dasar laut.

Sementara itu, Lim ketika ditemui pada majlis berasingan berkata beliau tidak akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan tentang projek itu kerana perbahasan terbuka dengan Liang sedang dirancang.

"Saya akan menjawab segala persoalan mengenai projek ini dalam sesi perbahasan bersama Liang yang dijadual Selasa ini," katanya.

Setiausaha Politik Ketua Menteri, Wong Hon Wai yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan sesi perbahasan terbuka itu, berkata Liang telah bersetuju untuk perbahasan terbuka itu diadakan pada 28 Jun di Kompleks Masyarakat Penyayang di sini.

"Saya telah dihubungi oleh wakil Liang yang bersetuju dengan perbahasan itu dikendali dalam Bahasa Melayu namun kami masih menunggu pengesahan daripada Liang mengenai peraturan dan calon-calon moderator," katanya.

Pada 11 Jun lepas, Lim tidak hadir sesi perbahasan yang dianjurkan oleh Loo di premis Persatuan Loh, selepas mendakwa semua soalan yang dikemukakan telah dijawab dan oleh itu tidak perlu untuk berdebat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana