Guan Eng cakap besar lagi…Inilah Dikatakan TOKONG

Janji siapa pun boleh janji bulan dan bintang.Cuba tanya Lim Guan Eng apa jadi pada janjinya nak minta kerajaan pusat hapuskan tol Sungai Nyior di Butterworth semasa kempen pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 dulu.

Kini sudah lapan tahun berlalu.Penduduk Pulau Pinang khususnya di kawasan Butterworth dan sekitarnya cukup ingat pasal janji itu.

Sebaliknya EXCO Kerajaan negeri Pulau Pinang yang jaga urusan kerja raya dan pengangkutan Lim Hock Seng dilapor oleh media Oktober lalu sebagai kata beliau tidak tahu menahu adanya permohonan seumpama itu dikemukakan pada kerajaan pusat.

Juga semua orang tahu kononnya pendirian DAP adalah anti-tol.

Namun dalam cadangannya nak bina terowong bawah laut sambung tanah besar ke pulau …tol akan dikenakan.

Semalam,Isnin selepas satu acara Ketua Menteri Pulau Pinang cakap besar lagi.

Beliau beritahu wartawan kerajaan negeri boleh bina jambatan ketiga dari Bagan Ajam ,Seberang Perai ke Gurney Drive di  Georgetown ( ganti ikut laluan terowong bawah laut) …tanpa kenakan tol …jika kerajaan pusat bagi kelulusan.

Dakwanya boleh tunjuk kepada kerajaan pusat tol tidak payah dengan pengendalian kos binaan dan dan operasi yang betul.

Menurutnya kos bina jambatan ketiga cuma RM2 billlion berbanding terowong bawah laut RM3.7 billion.

Katanya kerajaan negeri sedia ganti terowong dengan jambatan ketiga jika kerajaan pusat sedia bagi kelulusan.

Sekalipun ramai pihak persoal keperluan Pulau Pinang ada laluan ketiga setelah ada jambatan pertama dan kedua …Guan Eng tetap dakwa ia perlu untuk kesimbangan pembangunan negeri.

Juga jangan lupa cadangan projek tambak laut untuk wujudkan tiga pulau tiruan yang besar di Selatan Pulau Pinang untuk dijual bagi tampung rancangan laluan pengangkutan komprehensif bernilai RM25 billion di negeri itu telah cetus bantahan.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang baru-baru ini lulus usul mahu kerajaan pusat buat kajian impak alam sekitar dulu keatasnya.

Ini ekoran protes kalangan ADUN BN dan dari Pakatan sendiri terhadap projek  tambak laut itu.

Kalangan persatuan nelayan di Selatan Pulau Pinang telah membantah rancangan projek itu kerana dakwa ia akan jejaskan mata pencarian mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL