Terengganu Tunggu Kertas Cadangan 'Islamic School' Dr Zakir Naik

KUALA NERUS: Kerajaan negeri Terengganu masih menunggu kertas cadangan pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik berhubung hasrat awal untuk membangunkan sekolah berkonsepkan Islam atau 'Islamic School' di negeri ini.

Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman berkata buat masa ini, belum ada keputusan berhubung cadangan itu kerana kerajaan negeri mahu meneliti cadangan itu secara keseluruhannya.

"Beliau perlu mengikut prosedur permohonan tanah seperti biasa di Tasik Kenyir (dan) perlu memohon dari Pejabat Tanah Hulu Terengganu, seterusnya Pejabat Tanah dan Galian (PTG) untuk aspek teknikal dan kemudian dibawa ke mesyuarat Exco.

"Jadi, permohonan ini akan diluluskan dalam mesyuarat Exco, bukan Menteri Besar. Saya tidak ada kuasa eksklusif untuk meluluskan permohonan tanah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Terengganu Halal Business Center dan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 di sini, Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri Roslee Daud dan Pengarah Urusan Sabasun Hyper RuncitSdn Bhd Che Salmi Che Ibrahim.

Ahmad Razif berkata kerajaan negeri melihat cadangan itu akan memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan di Terengganu memandangkan pendakwah itu mempunyai ramai pengikut selain projek itu selaras hasrat kerajaan negeri menyuburkan dakwah dan syiar Islam di Terengganu.

"Ketika ini, beliau telah pun mempunyai Islamic School di Mumbai, India untuk melatih lebih ramai pendakwah sepertinya. Saya difahamkan, enam rakyat Terengganu turut menerima latihan di sekolah itu," katanya.

Dr Zakir Naik mengadakan syarahan umum di lima lokasi di Terengganu baru-baru ini. -Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana