PRN Sarawak serlah DAP dan PKR saling mencurigai...Bukan Kita Tak Tahu Siapa DAP Ini

SHAH ALAM: Penganalisis politik Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menyifatkan PKR sudah tersilap langkah apabila menandatangani 'nota perjanjian' yang dianggap DAP sebagai keputusan muktamad bersabit pembahagian kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

Ujar beliau, perkara ini berlaku kerana kelemahan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang 'tidak cerdik' berpolitik sehingga menyebabkan pertindihan enam kerusi di antara PKR itu dan DAP.

"Ini menunjukkan kelemahan Azmin, kenapa dia tandatangan nota tu kalau dia tahu tak menang? Jadi DAP menggunapakai nota kerana ia beri keuntungan yang membolehkan mereka meletak calon di 31 kerusi.

"Azmin mungkin tak perasan, dia ingat mungkin boleh lebih kurang tapi bila dah berlaku dan penamaan calon baru dia tengok orang dia tak cukup tempat. Saya rasa ini nampakkan kelemahan Azmin," katanya kepada Antarapos.

PKR dan DAP bertembung di enam kerusi iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.

Sebelum ini, Guan Eng ada meminta Azmin dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menandatangani satu nota perjanjian yang mengandungi senarai pembahagian kerusi DUN Sarawak yang akan ditandingi kedua-dua parti.

Guan Eng berjaya mendapatkan tandatangan Azmin tetapi menurut kefahaman Azmin tandatangan itu bukanlah satu keputusan yang muktamad.

Ramlah turut mempersoalkan bagaimana pertindihan itu boleh berlaku jika kedua-dua belah pihak sudah membuat keputusan bersama.

Katanya lagi ini membuktikan bahawa DAP dan PKR 'tidak boleh bekerjasama lagi kerana mahu mengikut tafsiran dan keputusan masing-masing.

"Adakah pertindihan ini berlaku kerana Azmin tak terima ke minit mesyuarat tu, Guan Eng saja yang terima? Jadi kita dapati mereka ada isu tak percaya antara satu sama lain, tak hormati keputusan awal yang dibuat. Jadi perkara ini tunjukkan mereka saling tak percaya antara satu sama lain.

"Pertindihan itu menunjukkan mereka tak sefahaman dan tak hormat keputusan awal, mereka ikut kehendak masing-masing.

"Perkara ini menunjukkan mereka tak boleh bersama," tegas beliau.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana