PKR tak akan berundur di Batu Kitang...BErbalah Lah PKR dan DAP Tu

KUCHING: Walaupun DAP merayu agar PKR menarik diri dalam saingan di DUN Batu Kitang, namun PKR tetap bertegas untuk bertanding di kerusi baharu berkenaan.

Calon PKR di Batu Kitang, Voon Shiak Ni berkata beliau telah berkhidmat di kawasan itu untuk beberapa dekad yang lalu dan mendakwa mendapat sokongan yang besar daripada rakyat.

"Apabila DAP pada saat akhir meletakkan Abdul Aziz Isa Marindo, mereka tidak meletakkan kepentingan rakyat.

"DAP, untuk kepentingan rakyat, perlu memberi laluan," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan PKR di sini hari ini.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Dr Lee Boon Chye berkata, calon mereka mempunyai kelebihan berbanding DAP menerusi tinjauan yang dilakukan pihak ketiga antara 27 April dan 1 Mei.

"Jika anda melihat kaji selidik itu, anda perlu tahu bahawa DAP tidak mempunyai peluang realistik untuk menang. PKR adalah satu-satunya parti realistik yang boleh mengalahkan Barisan Nasional," katanya sambil menyeru rakyat untuk tidak mengundi DAP.

"Ini adalah mesej yang kita mahu sampaikan. Jangan buang undi anda. Satu undi untuk calon DAP adalah undi sia-sia," kata Dr Lee.

DUN Batu Kitang menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Voon (PKR), Abdul Aziz Isa (DAP), Lo Khere Chiang (SUPP-BN), Othman Bojeng (Bebas) dan Sulaiman Kadir (Bebas).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana