Perang besar diramal berlaku jika PKR dan DAP gagal selesai pertikaian kerusi


SHAH ALAM: Perang besar diramal bakal berlaku di antara PKR dan DAP jika mereka tidak menyelesaikan isu pertikaian kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, kata Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Menurutnya, isu pertikaian kerusi ini dilihat semakin kritikal jika kedua-dua parti di dalam gabungan Pakatan Harapan ini masih dengan pendirian parti masing-masing.

"Itu jika tidak boleh nak selesai perjanjian pembahagian kerusi mereka ini adalah sesuatu yang sangat kritikal dan sekarang dia sudah menjadi satu peperangan besar di antara mereka," katanya ketika dihubungi Antarapos hari ini, sebagai rekasi mengenai isu perbalahan di antara bekas partinya dengan PKR.

Kedua-dua parti itu masih lagi belum menyelesaikan pertikaian di enam kerusi yang bertindih, dan mengambil pendekatan untuk menumpukan kepada kempen parti masing-masing.

Semalam, PKR menyatakan pendirian enggan berundur daripada enam kerusi kontroversi itu dan menegaskan sebarang isu berbangkit yang timbul berhubung pertembungan kerusi dengan DAP itu hanya akan diselesaikan selepas PRN, 7 Mei depan.

Kerusi yang menjadi rebutan dua parti ini adalah Batu Kitang, Ngemah, Mulu, Murum, Simanggang dan Mambong.

Dalam pada itu, Tunku Aziz berpandangan, DAP adalah parti yang menjadi pilihan di kawasan bandar-bandar utama majoriti Cina berbanding PKR di Sarawak.

Pada PRN lalu, DAP memperoleh 12 kerusi manakala PKR hanya memperoleh tiga kerusi daripada 49 kerusi yang ditandinginya.

Tunku Aziz juga tidak menolak bahawa pertikaian ini memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) di Sarawak sekaligus kemenangan akan berpihak kepada mereka.

"Memang saya lihat akan ada kesan negatif dan saya harap kita jangan jadi terlalu yakin kerana kaum Cina di bandar-bandar utama di Sarawak jika dilihat pada PRN sebelum ini mereka telah memberikan komitmen kepada DAP.

"Jadi ini (pertembungan kerusi antara PKR dan DAP) akan menjadikan keuntungan kepada BN di Sarawak tetapi tahap peluang kejayaan itu berpihak kepada BN dan tiada persoalan tentang itu cuma pada majoriti kerusi yang akan dimenangi,"ujarnya.

Mengulas lanjut, Tunku Aziz berpendapat isu yang melanda di antara parti PKR dan DAP tidak akan menjejaskan hubungan mereka di semenanjung.
 
"Ada (terjejas hubungan PKR dan DAP di semanjung) tapi tidak signifikan kerana isu di Sarawak berdasarkan isu masyarakat setempat.

"Kita ambil contoh seperti DAP yang cuba membawa isu nasional ke Sarawak dan itu tidak releven kerana ini adalah pilihan raya negeri.

"Ini memang cara DAP dari dulu lagi dia membawa masuk isu yang tidak kena mengena untuk mengelirukan masyrakat yang tidak betul-betul faham isu tersebut,"ujarnya lagi.

Kedua-dua parti itu bertelingkah apabila DAP mendakwa PKR 'mencabuli' persetujuan dengan turut meletakkan calon di tempat yang diperuntukkan kepada parti mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyifatkan partinya seperti 'ditipu' oleh PKR dalam kerusi-kerusi yang akan ditandingi itu.

Bagaimanapun PKR menafikan dakwaan tersebut dan menyalahkan DAP kerana gagal memberi maklum balas kepada PKR yang terbuka untuk berunding.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana