Pencabar Najib dipotong kaki kerana kencing manis....Semoga Ia Sihat..Aamiin

Calon PKR bagi Parlimen Pekan pada PRU13, Fariz Musa telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya sehingga ke paras lutut semalam akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis.

Beliau yang juga Setiausaha Pengelola PKR dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju sejak 13 Mei lalu, selepas beliau terjatuh dalam bilik air rumahnya.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyuarakan kesedihannya ketika melawat Fariz di hospital Ahad lalu.

“Ziarah Cikgu Fariz di Hospital Sultan Mizan tengah hari ini (semalam). Sedih melihat keadaan beliau yang derita akibat diabetes,” katanya menerusi catatan di Facebooknya.

Wan Azizah juga berharap keluarga Ketua Koordinator Jingga 13 Malaysia itu bersabar atas ujian yang diberikan Allah.

“Terima kasih di atas kerjasama baik pihak hospital, harap Cikgu Fariz dan keluarga bersabar dengan urusan Allah. Moga dipermudahkan segala urusan,” ujar beliau lagi.

Dalam PRU13, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menang di Parlimen Pekan selepas mendapat 51,278 manakala Fariz mendapat 15,665 iaitu antara kemenangan calon BN paling besar dalam PRU13 dari segi majoriti iaitu sebanyak 35,613 undi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana