PAS tidak setuju DAP perintah Sarawak

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata partinya ‘tidak menghalalkan’ orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

PAS, katanya, mahu pemerintah itu di kalangan orang Islam bumiputera.


PAS mahu Sarawak diperintah oleh bumiputera Islam dan tidak bersetuju DAP memerintah negeri itu.

“Kita tak menghalalkan orang lain, kita tidak setuju DAP perintah Sabah, Sarawak kita tidak setuju. Kita terima orang Cina, India jadi rakyat, kita layan adil semua tapi memerintah negeri mesti bumiputera,” Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ahli Parlimen Marang itu berkata bangsa Cina dan India boleh menjadi rakyat namun ia perlu dipimpin oleh orang Islam.

Katanya, PAS ‘tidak menghalalkan’ orang lain dan tidak setuju DAP memerintah Sarawak.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Padang Hadapan Masjid Ikhwanul Muslimin, Taman Sukma, Kuching malam tadi.

Hadi turut menjelaskan bahawa PAS hanya menghantar 11 calon, bukan mahu memerintah Sarawak, sebaliknya kerana mahu menjadi penasihat kepada kerajaan yang akan dibentuk selepas pilihan raya negeri nanti.

Katanya, kalau PAS menang semua kerusi masih ada 72 kerusi ada lagi dan parti itu tidak boleh memerintah dengan hanya 11 kerusi.

“Mereka nak 71 kerusi ambil lahm sebab PAS cuma nak 11 kerusi sahaja untuk jadi penasihat kepada kerajaan supaya memerintah dengan mana adil seperti ditunjuk oleh Islam,” katanya.

Hadi turut mengingatkan rakyat di negeri Sarawak bahawa PRN merupakan amanah mereka untuk memilih pemimpin yang boleh membawa suara mereka ke Dewan Undangan Negeri supaya dapat didengari.

“Pilihanraya ini amanah, kita pilih pemimpin kita duduk di dewan negeri bercakap bagi pihak kita di dewan, bercakap perjuangan kita, hak kita, tuntutan kita itu makna pilihanraya,” tegasnya.

PAS sebelum ini menamatkan kerjasama politik dengan DAP sekaligus menyebabkan Pakatan Rakyat terkubur.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana