Nurul Izzah MEngamuk Sakan...Apa Sebabnya

Penulis tertarik untuk mengulas mengenai kemarahan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar yang melepaskan geram terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem, menerusi ‘surat terbuka’ yang bersifat kebudak-budakan.

Kata Nurul Izzah, dia tidak akan merayu lagi pada Adenan untuk masuk ke Sarawak setelah ‘rayuan sopan’nya gagal untuk meloloskan diri ke negeri berkenaan. Dia menggelar Adenan sebagai ‘pembuli’ ekoran di’usir’ setibanya di Miri, pagi tadi.

Untuk rekod, Nurul Izzah pernah cuba masuk ke Sarawak pada Disember tahun lalu. Namun dia disekat masuk oleh Jabatan Imigresen di sana.

Penulis difahamkan, Adenan sebelum ini pernah menyatakan beliau akan mempertimbang rayuan Nurul Izzah dan ibunya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail jika ia dibuat secara ‘sopan’ untuk masuk ke Sarawak.

Suka penulis beritahu Nurul Izzah bahawa Adenan hanya akan ‘pertimbangkan’ kemasukan dia dan ibunya ke Sarawak. Nurul Izzah faham dengan maksud ‘mempertimbangkan’? Atau perlu dibuka kamus Dewan Bahasa? Atau perlu ditanya pengertiannya pada A Samad Said?

Apabila dikata ‘mempertimbangkan’, maka ia tidak bermaksud ‘akan membenrkan’. Perkataan itu membawa makna sama ada Nurul Izzah dan ibunya itu akan diputuskan untuk ‘dibenarkan masuk’ atau ‘tetap tidak dibenarkan masuk’.

Namun apabila Wan Azizah dibenarkan masuk, dan Nurul Izzah sendiri diputuskan untuk kekal tidak dibenarkan masuk, maka terimalah keputusan tersebut dengan hati yang terbuka. Tidak bolehkah terima keputusan tersebut dengan matang?

Jika Nurul Izzah membawa ibunya ke rumah orang. Nurul Izzah memberi salam dengan sopan dan meminta izin untuk masuk ke rumah berkenaan dari tuan rumah. Apakah Nurul Izzah akan marah pada pertimbangan tuan rumah jika ibunya sahaja dibenarkan masuk manakala dia perlu menunggu diluar rumah?

Sudah berkali-kali penulis sarankan pada Nurul Izzah supaya bersopan apabila berniat untuk berkunjung ke ‘rumah orang’. Tapi lain yang dipesan, lain pula reaksi Nurul Izzah. Mungkin sikap Nurul Izzah begitu? Diwarisi dari siapa kurang sopannya itu? Anwar atau Wan Azizah?

Jika Nurul Izzah terus bersikap begini, berkemungkinan besar hingga PRN Sarawak ke-12 pun dia akan terus disekat masuk ke sana. Tidak kiralah pengarah atau bukan pengarah pilihan raya, tapi bila ‘tuan rumah’ sudah bersuara, maka hormatilah hak tuan rumah itu. Susah sangatkah?

Bukankah Rasulullah SAW pernah berpesan kepada umatnya tentang adab-adab menziarahi ‘rumah orang’? Jika tidak diizinkan masuk, apakah Nurul Izzah akan langgar juga? Bila akur, akur sajalah. Banyak pula bunyi jengkel bila pulang ke ‘rumah sendiri’?

Ubahlah sikap, bukan sekadar karang ‘surat rayuan sopan’ saja. Itu pun tidak faham? Jika ubah sikap, barulah orang akan terima baik…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana