Niat Mejar Zaidi pecahkan persepsi DAP anti-Melayu akan terhenti di tengah jalan - Penganalisis

SHAH ALAM: Penganalisis politik menganggap langkah bekas anggota Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad menyertai DAP bagi memecahkan persepsi parti berkenaan bersifat anti-Melayu, tidak akan berjaya.

Menurut Prof Madya Dr Nidzam Sulaiman dari Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), niat Zaidi itu akan terhenti di tengah jalan berikutan gagal mendapat sokongan daripada pemimpin DAP yang rata-ratanya bukan Melayu.

"Saya agak sangsi kerana DAP ini diketahui mengenai amalan tidaklah begitu mendorong kepada pengundi-pengundi Melayu.

"Saya rasa mungkin tidak tercapai sebab satu usaha dan matlamat yang besar tetapi dia boleh dianggap permulaan yang kerdil tetapi melainkan dia disokong oleh ramai lagi (ahli DAP) tetapi saya tidak fikir dia akan mendapat sokongan yang banyak daripada pemimpin lain, itu memang sudah nak capai," katanya kepada Antarapos.

Ujar Dr Nidzam, Zaidi dilihat akan berdepan kesukaran untuk melaksanakan niatnya kerana dasar-dasar yang dipraktikkan oleh DAP jelas mencerminkan parti itu tidak langsung mendokong kepentingan orang Melayu mahupun Bumiputera.

"Macam mana pun pandangan dia (untuk pecahkan persepsi Anti Melayu). Dalam konteks pandangan masyarakat umumnya, usaha dia payah sebab stigma atau persepsi Melayu ini keseluruhannya memang sudah tekad dan sukar untuk ditukar dan dipengaruhi.

"Dia boleh berusaha sekiranya tindakan beliau ini diikuti dengan pemimpin DAP yang lain dan diikuti dengan beberapa dasar DAP yang kemudiannya menyokong kepada usaha beliau maka dia boleh berjaya," katanya.

Semalam Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow mengumumkan penyertaan Zaidi ke dalam parti itu.

Zaidi terdahulu menyertai Parti Amanah Negara (PAN) tahun lalu, setelah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS.

Zaidi dalam kenyataannya berkata DAP adalah parti yang lebih sesuai untuknya dalam memecahkan persepsi anti Melayu yang dihadapi DAP buat masa ini.

"Dia (Mejar Zaidi) melihat DAP lebih profesional di dalam menguruskan perjalanan parti dan juga dalam gabungan parti, jadi saya rasa mungkin orang memikirkan dia itu dipengaruhi, dirasuah dan sebagainya tapi saya melihat perjalanan DAP itu lebih terurus berasaskan kepada apa yang telah dipersetujui (dalam Pakatan Harapan) jadi di berpindah kepada DAP," kata Dr Nidzam.

Secara tidak langsung, tindakan bekas anggota tentera itu mencerminkan bahawa PAS serta PAN mahupun PKR gagal untuk menambat hati Zaidi untuk berada lebih lama dalam parti berkenaan terutamanya pergeseran politik antara DAP dan PKR dalam meletakkan calon di Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak.

"Saya rasa PAS lebih ketara lagi (lemah) sebab PAS ada pelbagai sentimen, satu yang sangat ketara ialah kononnya mendokong kepada Majlis Syura dan sebagainya tetapi mereka telah buat keputusan bahawa PAS tidak akan mendekati Umno tetapi perjalanan sekarang ialah PAS nampaknya sebilangan kepimpinan tidak mengikuti apa yang telah diputuskan dalam Majlis Syura, Timbalan Presiden dan yang lain pula berpendapat demikian. Maka perbezaan  ini menunjukkan kelemahan di dalam PAS.

"Sementara itu dalam PAN pula mungkin dia menganggap PH ada berlaku tidak konsisten dalam membuat perletakan calon dalam PRN Sarawak," katanya.

Sebelum ini, bekas ahli DAP, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan Zaidi akan hanya menjadi alat kepada pembangkang terutamanya DAP dalam meraih undi kaum Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana