Kusut dalam Pakatan... tunda lagi mesyuarat tentukan siapa bertanding PRK

Makin berat nampaknya situasi dalam Pakatan Harapan yang tidak boleh buat keputusan mengenai siapa yang patut bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Beberapa pemimpin kanan Pakatan 'pening' dengan situasi ini menyebabkan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) yang dijadualkan tengahhari ini terpaksa ditunda sekali lagi.

Untuk rekod, dalam seminggu ini kali ketiga MPPH membatalkan mesyuarat mereka.

Difahamkan sehingga petang Rabu, kumpulan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sudah setuju supata Parti Amanah nasional (PAN) bertanding di kedua-dua kerusi.

Bagaimanapun kumpulan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali pula tidak setuju kerana yakin hanya PKR yang boleh menang di Sungai Besar, jika PAn bertanding Pakatan akan kalah dengan majoriti besar.

Sumber PKR mengesahkan bahawa Wan Azizah sokong calon daripada PAN dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang akan berlansung pada 18 Jun ini.

"Kami telahpun mendapat arahan supaya bersiap sedia menghadapi PRK, bekerjasama dengan PAN," kata sumber tersebut.

Jelasnya lagi, perbincangan dengan PAS tidak berjaya selepas parti Islam itu berkeras untuk mencalonkan wakil pembangkang dari kalangan parti itu.

PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya Noriah Kasnon (Sungai Besar) dan Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad (Kuala Kangsar) dalam nahas helikopter pada 5 Mei di Sebuyau, Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana