Khalid Ibrahim Bantu Kempen Calon PAS PRN Sarawak

KUCHING: Kebanjiran ahli politik dari semenanjung ke serata bahagian di Sarawak menambah bahang kehangatan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang mula memasuki fasa kedua minggu ini.

Antara yang mencuri tumpuan ialah kehadiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ke Bintulu bagi membantu kempen calon PAS kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju, Zharudin Narudin.

Bekas menteri besar Selangor itu turun padang menemui orang ramai di Pasar Tamu Bintulu pada pagi Isnin bersama jentera PAS DUN Samalaju.

Menurut Pengarah Pilihan Raya DUN Samalaju, Loman Abdul Rahim, pemimpin yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2014 itu akan berkampung bersama jetera PAS di kawasan berkenaan untuk beberapa hari.

“Beliau hadir secara sukarela untuk berkempen bagi pihak PAS. Ini adalah contoh budaya politik matang dan sejahtera yang diamalkan PAS,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini.

PAS bergerak sendirian dalam kempen PRN Sarawak selepas parti itu enggan menyertai pakatan pembangkang baharu yang dianggotai parti serpihannya - Parti Amanah Negara (Amanah), PKR dan DAP.

Pada PRN Sarawak 7 Mei ini, Zharudin berhadapan saingan empat penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Majang Renggie, Baba Emperan (DAP) dan Michael Lias (Bebas).

Samalaju adalah salah satu daripada 11 kawasan DUN baharu di Sarawak.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana