Kes Guan Eng…tunggu keputusan Peguam Negara

Semua sudah beres.Kini terletak ditangan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk buat keputuan ada kes atau tidak terhadap Lim Guan Eng.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan Rabu beritahu ia  telah melengkapkan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Sekalipun kenyataan itu tidak menyebut siasatan kes apa namun difahamkan ia berkaitan dakwaan mengenai banglo di Jalan Pinhorn,Georgetown yang dibeli bawah harga pasaran dan kes tanah Taman Manggis .

Kata SPRM kertas siasatan dikemukakan kepada Peguam Negara dan terserah kepada beliau membuat keputusan.

"Sekiranya Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.

"Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil," kata kenyataan itu.

Menurut SPRM, perkara berkenaan adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.

Lim dan isteri Betty Chew tiga kali diminta memberi keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal Abidin.

Terbaru selepas beri keterangan,pegawai-pegawai SPRM telah membuat ‘ lawatan’ memeriksa sekitar banglo berkenaan.

Pembelian banglo pada harga RM2.8 juta itu menjadi kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga itu di bawah nilai pasaran.

Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana