DAP tidak akan adakan apa jua perbincangan dengan PAS - Guan Eng

KUALA LUMPUR: DAP tidak akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan PAS berhubung calon Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, tegas Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Guan Eng pada masa sama menegaskan, persoalan itu sepatutnya tidak patut diberikan kepada beliau.

"DAP tidak akan mengadakan apa-apa perbincangan dengan PAS. Kamu (wartawan)  tidak sepatutnya tanya saya soalan itu," katanya semasa di temui di luar lobi parlimen di sini hari ini.

Mengulas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (Harapan) bagi membincangkan pembahagian kerusi pilihan raya kecil parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang dikatakan diadakan minggu ini, ini jawapan beliau:

"Kami belum membuat apa-apa keputusan. Jadi saya tidak lihat saya perlu menjawab persoalan itu," jelasnya lagi.

Ditanya adakah beliau akan memberi sokongan kepada setiap calon yang dikemukakan Amanah, Guan Eng menegaskan, beliau menyokong calon mewakili Pakatan Harapan.

"Saya telah nyatakan pendirian saya bahawa DAP sokong calon Pakatan Harapan," tambahnya.

Dalam pada itu mengulas isu sama ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawat atau melakukan serbuan ke atas kediamannya semalam, Guan Eng menyerahkan perkara itu kepada peguamnya.
"Kamu (wartawan) kena tanya peguam saya," ujarnya.

PRK di kedua-dua kawasan ini akan diadakan pada 18 Jun depan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana