‎AKHIRNYA_DOKTOR_WANITA_YANG_DIVIRAL_BERCERITA‬

 Kerjaya sebagai doktor sakit puan/obstetrik&gynaecology/ O&G adalah kerjaya yang amat mencabar. Ia merupakan antara bidang paling sibuk di dalam bidang perubatan dan tidak ramai yang mampu menjalankan tanggungjawab ini.
Apatah lagi bagi doktor perempuan. Begitu ramai rakan2 sejawat wanita saya yang tidak sanggup dan meninggalkan bidang ini kerana mereka mempunyai komitmen pada keluarga dan suami. Ditambah pula bidang ini adalah bidang yang amat sibuk dan memerlukan pengorbanan masa dan waktu kerja yang sangat tidak menentu.
Bidang ini juga merupakan bidang yang mempunyai risiko litigasi (saman) yang tertinggi oleh orang awam atas pelbagai sebab. Ini semua adalah penyebab doktor wanita enggan meneruskan kepakaran dalam bidang obstetrik dan gynaecology ini.
Mana tidaknya, boleh saja mereka memilih kepakaran lain yang lebih relax, lumayan namun tetap membolehkan mereka menumpukan perhatian dan menikmati kebahagian hidup berkeluarga seperti bidang ophtalmology, pathology, transfusion medicine, ENT, public health dan sebagainya.
Seorang doktor Muslimah yang memahami tanggungjawab agamanya dengan berjihad meneruskan perjuangan dalam bidang O&G ini sewajarnya dihargai dan bukan dimaki hamun.
Beliau juga adalah manusia yang tidak sepi dari melakukan kesilapan, tetapi itu bukan lesen bagi macai menghina dan memalukannya di jalanan.
Mereka berjuang menyelamatkan 2 nyawa (wanita dan bayi) dan kadangkala waktu makan, minum, cuti dan waktu solat mereka juga terabai dek komitmen mereka dalam bidang ini.
Doktor yang diviralkan oleh Syah Irwan dan gerombolannya beberapa hari lepas bernama Dr Dzuratul Ain. Rakan pakar di Jabatan O&G, HKL telah menulis di facebook mempertahankan doktor ini dari tuduhan2 tersebut. Sikap doktor ini adalah baik dan terpuji bagi yang mengenali beliau dan bagi mereka adalah mustahil bagi doktor tersebut bersikap kasar dan biadap.
Melihat penjelasan dari rakan2 beliau, saya membuat rumusan, jika benar beliau bersikap kasar pada waris pesakit ini, pasti kerana tidak tahan lagi dengan perangai lahanat mereka. 😊
As the saying goes, we don't scratch our head unless it itches, we don't dance unless we hear some music.
Ya, memang benar doktor harus bersikap profesional tapi kami bukan Nabi atau Malaikat. Kami ada hati dan perasaan juga dan tolonglah jangan sengaja menjadi setan menguji kesabaran kami.
Lihat saja apa yang berlaku dek viral Syah Irwan, ada musibat yang telah membabikan semua kakitangan KKM dan penjawat awam seluruh negara. Inilah terjadi apabila aduan dilakukan pada sampah2 masyarakat dan bukan pada saluran yang sebenar.
Saya juga telah mendapatkan maklumat tentang apa yang berlaku. Kononnya individu berkenaan tidak berpuas hati kerana isterinya telah dikatakan boleh potong nama (discharge) namun proses discharge adalah lambat. Mungkin baginya, apabila dimaklumkan boleh balik rumah, dah sepatutnya pack baju dan bag dan bonceng kapcai balik rumah.
Sedangkan apa yang berlaku isterinya telah didapati mempunyai degupan jantung yang perlahan dan memerlukan review dari medical dahulu sebelum discharge. Jadi order doktor adalah, "Allow discharge after medical review". Niat doktor tersebut adalah mulia kerana risaukan nyawa isteri individu ini. Bayangkan jika tidak dinilai oleh pasukan medical, patient balik dan meninggal di rumah, bukankah ini adalah tragedi bagi semua?
Namun, sungguhpun sudah diperjelaskan berkali2, waris masih berdegil dan bersikap biadap. Mendapatlah...hehehe.
Cubalah faham juga bagi kami doktor, menyelesaikan discharge forms kamu bukanlah keutamaan bagi kami berbanding menyelamatkan nyawa ibu2 mengandung yang lain. Ni sama macam kes yang saya cerita beberapa hari lepas. Orang sibuk buat CPR untuk selamatkan nyawa pesakit yang jantungnya terhenti, dia selak skrin dan bentak suruh tukar pampers bapaknya yang dah berak. Use your brain bro.
Saya kasihan pada doktor ini kerana beliau adalah aset negara kita. Rakyat mahukan doktor2 wanita merawat pesakit2 O&G, namun insiden seperti ini membuatkan emosi doktor ini terganggu sekali. Beliau sudah cukup dengan pelbagai tekanan dalam bidang kerjayanya dan tidak memerlukan serangan biadap di media sosial.
Doktor Dzuratul Ain sudah membuat laporan polis dan SKMM. Beliau juga sedang mempertimbangkan tindakan undang2 terhadap individu yang telah merosakkan reputasinya. Saya menyokong tindakan beliau. Anda bagaimana?
Kerajaan perlu serius melindungi penjawat awam dari perbuatan cyberbully dan penghinaan yang semakin berleluasa. Kita tahu adanya undang2 namun hukumannya perlu dinilai semula supaya lebih keras. Lebih utama lagi, kami mahu melihat undang2 itu dikuatkuasakan!

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL