Ahli Parlimen Turki Bertumbuk, Kecoh Isu Lucut Kekebalan

ANKARA: Kekecohan tercetus antara pemimpin parti pemerintah dan pembangkang di Parlimen Turki berkaitan isu perlembagaan hingga ada yang bertumbuk dan membaling botol air antara satu sama lain.

Kejadian itu berlaku ketika Jawatankuasa Perlembagaan Parlimen negara itu sedang bermesyuarat untuk membincangkan cadangan bagi melucutkan ahli parlimen daripada kekebalan mereka.

Mesyuarat itu diadakan selepas sesi parlimen minggu lalu. manakala cadangan yang dikemukakan telah mendapat sokongan pihak kerajaan.

Bagaimanapun timbul perbezaan pandangan dengan pihak pemimpin pembangkang hingga tercetus pergaduhan.

Rakaman televisyen menunjukkan pembuat dasar daripada parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) dan Parti Demokrasi Rakyat (HDP) Kurdis bergaduh dalam bilik jawatankuasa selepas satu pertikaman lidah.

Beberapa ahli parlimen dilihat bertindak menerkam sekumpulan pembuat undang-undang lain. - AFP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana