Wowww.....Panas Ni...Undilah Lagi PR

Dalam sibuk pembangkang mengkritik dan menghentam kerajaan, rupanya Kerajaan PKR Selangor cuba menyonglap duit rakyat negeri Selangor apabila meluluskan projek penggantian kubah masjid negeri Selangor yang berjumlah RM32.4 juta.

Perkara itu didedahkan oleh ahli PKR seumur hidup, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, dan dalam masa sama dia meminta Menteri Besar Selangor Azmin Ali untuk tampil menjelaskan mengenai projek ini.

Menurut Chegubard, jumlah yang dinyatakan kerajaan Azmin untuk menggantikan kubah Masjid Negeri itu adalah satu jumlah yang tidak wajar, kerana dikhuatiri berlaku seperti projek pintu gerbang Kota Darul Ehsan.

"Terbaru ialah hujung Mac atau awal April akan dimulakan projek menggantikan kubah masjid negeri dengan nilai RM32.4 juta. Saya pertegaskan ia satu pembaziran dan bukan keperluan mendesak untuk mengeluarkan perbelanjaan setinggi nilai tersebut dalam keadaan gawat sebegini.

"Adakah nanti projek ini juga setelah ramai pertikaikan akan turut ditutup dengan kononnya sudah ada penderma? Atau sebut sahaja ia kehendak Istana dan tidak boleh dielakkan? Atau Azmin yang menjadi sekutu kepada Pas yang kini cenderung kepada Umno, akan mengalihkan isu mempertikai pembaziran kubah ini umpama pertikai institusi Islam di Selangar," kata Chegubard.

Apapun diucapkan terima kasih kepada Chegubard kerana berani mendedahkan skandal yang dilakukan PKR, walaupun dia merupakan ahli PKR seumur hidup... Memang tidak dinafikan jumlah tersebut merupakan satu jumlah yang amat besar untuk melakukan pengubahsuaian kubah Masjid Negeri.

Jumlah yang diumumkan itu dikhuatiri hasil kerjanya tidak setanding dengan jumlah yang diumumkanm sepertimana yang berlaku dalam projek pengubahsuaian ringan pintu gerbang Kota Darul Ehsan yang menelan belanja RM9.8 juta.

Bayangkan mendirikan sebuah pintu gerbang untuk memasuki sempadan Selangor menelan belanja RM9.8 juta. Bak kata orang, jumlah untuk mendirikan pintu gerbang itu boleh membina ribuan rumah kos sederhana untuk rakyat.

Namun begitu, kita perlu menunggu sehingga projek pengubahsuaian projek kubah Masjid Negeri ini siap sepenuhnya, sebelum orang ramai dapat menilai hasil kerja dengan jumlah yang diumumkan.

Seandainya projek tersebut telah siap sepenuhnya dan hasilnya tidak sepadan, maka ia jelas pemimpin kerajaan PKR Selangor menyonglap duit rakyat dengan menggaburi mata rakyat melalui projek pengubahsuaian terbabit.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana