Tindakan Pertimbang Pandangan Semua Pihak Langkah Bijak Perdana Menteri – Annuar


PASIR MAS, 2 Feb – Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengambil kira pandangan semua peringkat dalam menyelesaikan kemelut politik Kedah yang melibatkan jawatan menteri besar, mencerminkan kebijaksanaan pucuk pimpinan.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata Najib yang juga Presiden UMNO dalam menangani isu pertukaran Menteri Besar Kedah itu tidak mengambil langkah terburu-buru, sebaliknya menggunakan saluran, proses dan kaedah yang betul sebelum membuat keputusan.

“Selepas kemelut tersebut tercetus, Najib terlebih dahulu mendapat maklum balas semua pihak termasuk (Menteri Besar Kedah) Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sendiri meskipun Presiden UMNO itu mempunyai kuasa menentukan calon Menteri Besar.

“Dalam isu ini Najib juga mengambil masa berjumpa dengan ketua-ketua UMNO bahagian, wakil-wakil rakyat bagi mendapatkan maklum balas sebelum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Annuar berkata demikian selepas menziarahi tokoh veteran UMNO Tan Sri Hussein Ahmad di kediamannya di Kampung Lemal di sini, hari ini.

“Pada saya, ini satu contoh pemimpin yang menggunakan kebijaksanaan dan saya percaya kemelut ini akan diselesaikan dengan baik,” kata Annuar.

Polemik pertukaran Menteri Besar Kedah itu bermula 20 Jan lalu apabila pemimpin-pemimpin UMNO negeri itu yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah menyatakan pendirian menolak kepemimpinan Mukhriz.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh berkata rakyat tidak perlu membuat spekulasi berhubung proses tersebut sebaliknya membiarkan ia berjalan mengikut budi bicara dan peraturan yang ada oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, Annuar berkata beliau akan memberi fokus kepada proses pentarbiahan dalam siri penerangannya kepada anggota parti terutama Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO.

“Kita tidak hanya akan memberi penerangan semata-mata selepas ini tetapi akan fokus kepada pentarbiahan sehingga ianya menjadi satu doktrin yang boleh menguasai pemikiran dan tindak tanduk anggota parti dalam memperkasakan UMNO,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana