Terbaik Lah....Dagangan US$30 trilion TPPA, ahli perniagaan tempatan perlu rebut peluang

SHAH ALAM: Ahli perniagaan di negara ini perlu bersedia dan lebih agresif merebut peluang perniagaan yang ada sebaik sahaja Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) berkuatkuasa kelak.

Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof. Dr. Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa berkata, TPPA membuka peluang perniagaan yang cukup besar namun ia hanya akan memberi keuntungan seandainya ahli perniagaan tempatan benar-benar bersedia.

"Peratusan itu memang tinggi,  TPPA memang menolong dari segi pembangunan negara ke hadapan sebab ia meluaskan pasaran kepada perniagaan di Malaysia ini. Semua peniaga-peniaga kita akan mempunyai satu pasaran yang lebih meluas lagi.

"Tapi ini jika kita bersedialah, peniaga-peniaga kita adakah kita sudah bersedia untuk menceburi pasaran antarabangsa yang meluas ini melalui TPPA," katanya kepada Antarapos.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa TPPA bakal menjana aliran kewangan sehingga US$30 trilion.

Malaysia, yang menyertai TPPA pada pusingan ketiga rundingan pada Oktober 2010, bakal menyaksikan KDNK meningkat sebanyak US$107 bilion kepada US$211 bilion antara 2018-2027.

Pelaburan diunjurkan meningkat sebanyak US$136 bilion kepada US$239 bilion antara 2018-2027, sebahagian besarnya menerusi pertumbuhan pelaburan yang lebih tinggi, dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran, ujar Mustapha.

Syed Azizi bagaimanapun memberi amaran, ketidaksediaan menyahut cabaran TPPA akan menyebabkan ahli perniagaan tempatan ketinggalan jauh kebelakang.

"Tapi dia dua hala, kalau tidak bersedia maknanya orang lain masuk ke pasaran kita dan akan mengecilkan kekuatan kita kalau kita bersedia, saya rasa mungkin bersedialah sebab kita boleh bertahan jugalah.

"Saya rasa ini akan memberi peluang atau pintu sangat besar untuk memasarkan produk kita ke seluruh negara-negara ahli-ahli TPPA," ujarnya.

Tambahan katanya, syarikat negara kita banyak yang sudah bertaraf antarabangsa.

"Ada pro dan kontradiksi, kalau kita bersedia, kita punya syarikat banyak juga yang sudah 'bertaraf antarabangsa'," katanya.

Mustapha hari ini menandatangani TPPA bagi pihak Malaysia selepas melalui proses yang rumit yang mengambil masa lima tahun dan 19 pusingan rundingan.

Dua belas negara anggota TPPA ialah Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat, Vietnam dan Malaysia.

Sebahagian besar negara berkenaan merupakan rakan dagang utama Malaysia.

TPPA bermatlamat menggalakkan penyepaduan ekonomi bagi meliberalisasikan perdagangan dan pelaburan, selain merangsang pertumbuhan ekonomi serta manfaat sosial.

Lebih daripada 90 peratus manfaat ekonomi disumbangan menerusi langkah-langkah bukan tarif yang lebih rendah.

Ia juga dijangka mewujudkan peluang-peluang baharu untuk pekerja dan perniagaan, menyumbang kepada meningkatkan taraf hidup 600 juta penduduk, memberi manfaat kepada pengguna, mengurangkan kemiskinan serta menggalakkan pertumbuhan mampan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana