Tabung Haji perjelas pegangan saham dalam FGV

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menjelaskan pelaburannya dalam saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) adalah pelaburan strategik jangka panjang dalam salah satu sektor pelaburan terasnya.

Sehubungan itu, TH berkata para pendeposit tidak perlu bimbang kerana wang mereka tidak hilang seperti yang diuar-uarkan kerana simpanan mereka adalah dijamin, katanya dalam satu kenyataan.

Seperti sedia maklum, pasaran harga komoditi minyak sawit dunia telah mencatat penurunan drastik dan ini menyebabkan syarikat berasaskan komoditi terjejas secara langsung dan memberi kesan negatif kepada kaunter-kaunter sektor perladangan.

"Kejatuhan harga komoditi dunia adalah di luar kawalan kerana ia ditentukan oleh kuasa pasaran yang sedia ada," katanya.

Semalam, anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli dalam kenyataannya mendakwa TH telah mengalami kerugian ke atas pelaburannya dalam saham FGV.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL