‘Saya rela UMNO tadbir Pulau Pinang dari DAP’ kata bekas pemimpin PKR

Janji palsu yang dilemparkan kepada rakyat di Pulau Pinang cukup menggambarkan wajah sebenar pemimpin pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng.

Menurut Bekas Ketua Pembangkang Wanita Pulau Pinang, Aminah Abdullah ini kerana apa yang terjadi kini di negeri tersebut tidak langsung bertepatan dengan apa yang dijanjikan dahulu kepada orang Melayu.

Katanya, sebab itu juga beliau sering mengingatkan supaya semua pihak khususnya golongan muda tidak terlalu terpengaruh dengan janji manis pembangkang.

AMINAH UMNO PENANG NEW“Saya mengikut Anwar dari tahun 1997 sehingga 2007 dan saya masih ingat lagi janji palsu Anwar, apa yang dia kata? mereka nak elokkan pembangunan, nak kekalkan penempatan untuk orang Melayu, akan perelok rumah melayu tapi bila dapat dekat tangan DAP, apa orang melayu dapat? ‘mai’ dekat Kulim pula ramai-ramai.

“Janji bohong mereka langsung tak boleh pakai, saya lebih kenal mereka, sebab itu Wan Azizah sendiri tak boleh marah, Anwar sendiri tak boleh nak kata apa semasa saya berhasrat untuk keluar daripada PKR,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Tambah beliau, pengalamannya selama beberapa tahun menjadi orang kuat pemimpin itu cukup membuatkan Aminag sangat faham dengan strategi politik yang digunakan oleh DAP sebagai pentadbir di Pulau Pinang.

“Saya masih ingat, Anwar dulu selalu kata, ‘touching’ tu penting, ‘touching’ tu penting, itu yang digunakan oleh Guan Eng sekarang, dia bagi duit RM100 dekat orang-orang kedai kopi baru ni pun semua ingat, yang JKM bagi seorang RM350 langsung mereka tak ingat. Kenapa?

“Sebab Guan Eng sendiri turun ke bawah, jumpa orang-orang Melayu kita ni, sebab pada kita yang pemimpin pembangkang ni, kita kena fikir duit tak ada tak apa, yang penting, turun jumpa mereka, tepuk bahu, urut belakang mereka, tanya khabar, itu yang penting dan itu pun yang mereka buat sekarang dekat orang-orang kita.

“Itu semua dah nak dekat pilihanraya mereka buat, tapi kalau tengok pembangunan, semua RM800 ribu keatas, semua untuk pengundi-pengundi mereka, pembangunan yang mereka buat ini bukan untuk kos rendah dan sederhana, DAP buat tanah tu cantik-cantik, tapi orang Melayu tak boleh beli, cuma kalau orang luar Malaysia duduk situ memang mereka suka.

“Bab tu mereka ada fikir orang kita kah?” soalnya.

Mengakui apa yang berlaku di Pulau Pinang, Aminah menyatakan yang beliau turut bersimpati dengan bangsa sendiri yang kini semakin ditindas oleh kerajaan negeri.

Namun, dalam masa yang sama beliau sering mengingatkan bahawa bangsa Melayu perlu terus bersatu jika ingin menumbangkan DAP sebagai pentadbir di negeri itu.

“Orang Melayu di Pulau Pinang ni habis dah hanyut, tunggu kena halau sahaja, DAP buat lah macam manapun tapi hati orang Melayu ni lembut, Guan Eng datang buat itu ini, nanti dia juga datang konon untuk bantu orang Melayu, sepatutnya kita boleh ‘tibai’ dia cukup-cukup, maki apa yang dia dah buat pada bangsa kita, tapi kita buat bodoh, buat tak tahu.

“Agaknya bila kita nak sedar? nanti bila JKM dah dipegang oleh orang Cina, kita datang mereka, mereka ludah muka anak cucu kita, mereka pijak bangsa kita, waktu tu baru kita nak bersatu dan baru nak sedarkah? saya selalu pesan dengan bangsa kita di sana.

“Sebab itu saya kata jika nak bandingkan dengan DAP, lebih baik saya rela biar UMNO yang jaga Penang ni, walaupun saya bukan duduk dalam UMNO, tapi saya sendiri bekerja untuk orang UMNO,” tambahnya.

Dalam masa yang sama, Aminah turut mendedahkan yang dirinya juga pernah cuba dibeli dengan Guan Eng, namun usaha itu gagal.

“Orang dia pernah datang jumpa saya, cuba untuk beli saya, tapi saya tak nak, orang dia balik cakap, ‘haiya ini perempuan banyak susah’, sebab saya fikir yang penting adalah maruah, bangsa kita tak boleh dijual beli.

“Bayangkan, banyak NGO di sini yang telah dibeli dengan harga RM1 juta dengan syarat semua mesti sokong roket, bayangkan berapa yang dia mampu tawarkan pada saya,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana