Populariti Lim Guan Eng makin merosot?

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didakwa mengalami kemerosotan populariti di kalangan penduduk negeri itu ekoran caranya menangani isu-isu semasa yang menimbulkan banyak kemarahan dan keresahan.

Awang Selamat dalam kolumnya di Mingguan Malaysia berkata beberapa isu utama belum dijawab kepada umum secara menyeluruh, antaranya projek pembinaan terowong dasar laut sejauh 6.5 kilometer dari pulau ke Butterworth yang menelan kos RM6.3 bilion.

“Banyak persoalan berlegar antaranya kos kajian kebolehlaksanaan yang dikatakan begitu luar biasa iaitu ratusan juta ringgit.

“Memandangkan Guan Eng terkenal dengan reputasinya suka menyaman walaupun menjadi tanggungjawab beliau sebagai pemimpin menangani kritikan dan pendedahan media serta badan bukan kerajaan (NGO), adalah wajar Awang bertanya,” katanya.

Menurut Awang, turut diperkatakan bantahan penduduk, Persatuan Pengguna Pulau Pinang dan Sahabat Alam Sekitar (SAM) terhadap projek tersebut dan Projek Sky Cab, yang tidak dilihat satu keperluan selain membawa mudarat kepada alam sekitar.

“Maka kita tunggu bersediakah beliau memberi penjelasan lengkap berhubung kedua-dua projek mewah itu?

“Awang percaya Guan Eng tentu tidak mahu malukan orang Pulau Pinang yang rakyatnya suka telus dan berterus-terang,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana