Mat Sabu Campak Mikrofon Ke Muka Anwar

AKSI terlampau Presiden Parti Amanah Malaysia (AMANAH) Mohamad Sabu yang bertindak mencampak mikrofon ke arah poster Anwar Ibrahim ketika berucap di hadapan penjara Sungai Buloh dalam Himpunan 365 #BebasAnwar #BebasRakyat semalam mencuri perhatian ramai.

Tindakan kasar Mat Sabu tersebut membuktikan nilai-nilai agresif pemimpin pembangkang negara ini dalam berpolitik sanggup melakukan apa sahaja untuk memegang kuasa mengundang kemarahan netizen di media sosial.

Laman Facebook PAN yang menyiarkan rakaman video Mat Sabu mencampak mikrofon bagaimanapun mendakwa presiden parti itu berbuat demikian bagi melahirkan rasa marah dan mengajak rakyat Malaysia bangun melawan Barisan Nasional (BN).

“Usia sudah 60 tahun tetapi rakyat Malaysia belum lagi berubah. Ayuh adakah kita seorang pejuang atau hanya slogan mahu menyedapkan hati saudara kita (Anwar Ibrahim),” kata Mat Sabu lalu mencampakkan mikrofon kepada gambar Anwar di belakangnnya.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun Rahimi Ismail dalam komennya berkata: “Kurang waras dah Ahmad Sabu ni… mungkin parti PAN semakin tidak mendapat sambutan, kesian Bang Mat”.

Ashryl Ahmad pula berkata: “Baling microphone atas pentas sendiri buat haper.. sungguh biadap Mat Sabu… Presiden PAN tunjuk contoh yang buruk… di kawasan kami nanti INSYAALLAH Mat Sabun tak akan di jemput….”

Seorang lagi pengguna Facebook yang menggunakan akaun Mohd. Hazim berkata: “Selamat dia baling ke arah belakang kalau dia baling ke arah audience…memang biol kena”

Beberapa lagi pengguna Facebook menyindir akhlak buruk Mat Sabu dan perut beliau yang semakin buncit kerana Mat Sabu sering mendakwa rakyat Malaysia tidak cukup makan di bawah pemerintahan BN.

Himpunan 365 yang diadakan semalam hanya disertai 800 peserta ternyata gagal kerana hanya beberapa sahaja pemimpin yang hadir iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamd Sabu dan Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub serta gagal mendapat sokongan penuh dari DAP. Hanya seorang sahaja pemimpin DAP yang hadir iaitu Ng Sue Lim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana