Lagi MAmat Ini Untuk Kelirukan Orang Ramai.....Jangan 'sembelih' TH, kata Amanah

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (Amanah) menasihatkan kerajaan agar tidak memusnahkan Lembaga Tabung Haji (TH) demi kepentingan politik semata-mata.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub berkata, tindakan menjual aset-aset penting TH itu demi memenuhi pembayaran bonus tinggi.

"Jangan sembelih TH untuk mendapat gambaran politik yang menarik hari ini tetapi memusnahkan TH dalam jangka masa yang panjang," katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai surat yang didakwa dikeluarkan Bank Negara terhadap TH berkaitan peringatan berkenaan rizab.

Katanya, melalui pembayaran bonus setinggi 5 peratus dan bonus haji tambahan 3 peratus, TH cuba memberi gambaran kewangan dan perniagaannya kukuh sekaligus menepis segala sangkaan buruk yang ditimbulkan terhadapnya.

"Amanah yakin bahawa laporan kewangan TH bagi 2015 yang bakal disediakan akan turut memberi gambaran baik mengenai perniagaannya.

"Sedangkan keadaan sebenar mungkin sebaliknya. Keuntungan dan peningkatan nilai aset adalah bukan daripada hasil perniagaan semasa TH. Sebaliknya ia daripada pelaburan lama dan keuntungan hasil darinya," katanya.

Beliau mendakwa perniagaan semasa TH mendatangkan pulangan yang jauh lebih sedikit berbanding bonus 5 peratus yang diberikan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, masalah yang dibangkitkan Bank Negara masih tetap relevan kerana masalah-masalah itu benar-benar wujud.

"Jangan kita tertipu dengan pembayaran bonus yang tinggi dan laporan kewangan yang bakal dikemukakan bulan depan.

"Ini bukan soal sangkaan buruk. Semua ini masih relevan walaupun laporan kewangan TH yang bakal dibentangkan mungkin begitu menarik dan memberangsangkan," katanya.

Minggu lalu, TH mengumumkan bonus pendeposit bagi tahun kewangan 2015.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana