Kenaikan Levi Bagi Kurangkan Kebergantungan Kepada Pekerja Asing – Zahid

BEIJING, 3 Feb – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kenaikan levi pekerja asing harus dilihat sebagai satu
langkah positif untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Beliau berkata Malaysia yang sedang menuju status negara maju pada tahun 2020 harus bersiap siaga supaya berdikari dengan menggunakan modal insan tempatan serta meminimumkan kebergantungan kepada pekerja asing apabila meraikan perayaan 100 tahun kemerdekaan pada 2057.

“Perlu diketahui negara kita tidak boleh selamanya bergantung kepada pekerja asing. Kita hendak menawarkan peluang pada rakyat tempatan walaupun kerja berkenaan melibatkan aspek 3D (difficult, dirty and dangerous) (kasar, kotor dan bahaya). Tetapi langkah jangka panjang harus dilakukan pihak majikan untuk memberi keutamaan kepada pekerja tempatan.

“Skim latihan mesti dibuat Kementerian Sumber Manusia, (Kementerian) Pendidikan dan (Kementerian) Pendidikan Tinggi, persatuan pengilang dan majikan untuk melakukan latihan separa mahir dan mahir bagi memberi keutamaan kepada pekerja tempatan. Sistem automasi harus disiapsiagakan dari sekarang untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita bagi mengulas kenaikan levi pekerja asing yang mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk persatuan pengilang dan kontraktor, di sini hari ini.

“Kita harus pelajari dari negara maju di timur seperti Jepun, Korea Selatan malah China tidak meletakkan kebergantungan mereka kepada pekerja asing,” jelasnya.

Ahmad Zahid berkata kerajaan masih boleh mendengar ketidakpuasan pihak-pihak walaupun kenaikan levi itu berkuat kuasa 1 Feb.

“Walaupun pelaksanaan levi berkuat kuasa 1 Feb, tetapi kita rasakan bahawa jika ada ruang untuk kerajaan melakukan penelitian apa yang dibangkitkan, kita tidak gusar melakukan penelitian terhadap pelaksanaan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Ahmad Zahid mengumumkan, bermula 1 Feb, levi pekerja asing bagi sektor pembuatan dan pembinaan meningkat sehingga dua kali ganda iaitu antara RM1,250 kepada RM2,500.

Bagi sektor perkhidmatan juga mengikut kadar levi yang baharu berbanding sebelum ini RM1,850, manakala sektor perladangan dan pertanian pula perlu membayar RM1,500.

Bagaimanapun, penstrukturan semula itu tidak melibatkan levi pembantu rumah warga asing apabila kadarnya kekal RM410.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL