Gempar....Nelayan Dibunuh Ketika Sarapan

KOTA KINABALU: Malang menimpa seorang nelayan yang sedang bersarapan bersama rakannya apabila dia dibunuh oleh individu tidak dikenali pada awal Ahad.

Mangsa yang dipercayai berusia lingkuan 20an bersarapan bersama dua lagi rakannya di sebuah kedai kopi di Sandakan apabila seorang lelaki berjalan ke meja mereka dan memukul kepalanya dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 4 pagi.

Dua rakannya melarikan diri meninggalkan mangsa di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md Zain berkata pejalan kaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat mangsa dalam keadaan tidak bermaya dan melaporkan kepada polis kira-kira pukul 4.45 pagi.

"Mangsa ditemui dengan kecederaan di kepala," kata ACP Zabidi.

Beliau berkata polis masih cuba untuk mengenal pasti suspek dan menentukan motif serangan.

"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu," kata ACP Zabidi.

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL