ASWAJA sokong sekat fahaman Salafi Wahhabi

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (ASWAJA) menyambut baik langkah Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) dan Kerajaan Negeri Johor memperkasa akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan menyekat 16 penceramah yang menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi disana. Ia adalah hak mutlak dan keputusan eksklusif dibawah bidang kuasa Tuanku Sultan Johor. Tahniah Yang MuliaTuanku,  EXCO kerajaan negeri dan MAIJ. Negeri lain sewajarnya mencontohi skuad Ahli Sunnah JDT.
2. Mengenai kenyataan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin yang mendakwa saya mempengaruhi MAIJ bagi menghalangnya berceramah di Johor adalah dakwaan yang tidak benar sama sekali. Tuduhannya ternyata tidak berasas dan bersifat melulu. Ini kerana MAIJ merupakan pihak berkuasa agama yang berstruktur, telus dan bebas membuat keputusan secara ekslusif tanpa memerlukan campur tangan pihak luar.Saya pula tidak pernah berusaha utk meracuni sesiapapun dlm soal larangan berceramah.

3. Tuduhan yang dibuat oleh Mufti Perlis juga dilihat tidak beradab dan tidak senonoh dengan statusnya sebagai seorang Mufti Negeri. Beliau sepatutnya menyelidik dulu fakta berkaitan, mendapatkan sumber yang sahih serta menganalisis isu berkenaan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan. Sayangnya, beliau terlalu gopoh dan sering menyerang peribadi seseorang yang tidak sehaluan dengan pemikiran Salafi - Liberalnya.

4. Sebenarnya, saya sudah lama dijadikan sasaran serangan oleh Dr Asri. Ia bermula apabila saya menerbitkan buku Salafiah Wahabiah Satu Penilaian pd tahun 2001. Beliau mula menyerang dan menuduh saya sbg pro syiah apabila saya mengkritik aliran wahhabi menerusi buku itu. Maka bermulalah episod tuduhannya semenjak itu hinggalah ke saat ini. Tohmahan dan umpatannya terhadap saya tak pernah berhenti dari lidahnya walaupun dua kali bergelar Mufti Dato Dr... Sehinggalah kes ini diheret ke mahkamah dan dapat diselesaikan cara baik.

5. Namun, Mufti bermulut celupar ini tidak pernah insaf. Sebaliknya sering merasakan dirinya 'terlajak pandai' bahkan sentiasa  egois dalam sesuatu perkara. Saya terus dituduh sbg pro syiah, ahbash dan ekstremis takfir (mengkafirkan orang) apabila membicarakan isu2 semasa akidah, pemikiran  dan isu keselamatan.Terutamanya berkaitan dgn ancaman kumpulan militan Islamic State. Tidak cukup dengan itu,  beliau juga mengaitkan Dato Ayub Khan (peg kanan,Bhgian Counter Terrorisme, PDRM) sbg pro syiah. Allahu Allah.

6. Selain itu, Beliau juga seringkali dilihat memprovokasi pihak tertentu supaya saya dikenakan tindakan disiplin penjawat awam. Hakikatnya Allah Maha Mengetahui,Maha Menyaksi lagi Maha Adil.

7. Berhubung dakwaan beliau yang menuduh saya pro syiah, ekstremis takfir dan sesat. WALLAHI,  saya berlepas diri dari perutuduhannya itu. Saya juga tidak ragu2 untuk mengambil tindakan undang-undang civil terhadap beliau. Ini kerana tuduhan mengaitkan saya dengan elemen diatas merupakan pertuduhan yang amat berat, menjejaskan kredibiliti saya sebagai penjawat awam dan menyebabkan saya dipandang serong oleh masyarakat.

8. Saya juga bersedia 24 jam untuk berdebat secara ilmiah dengan beliau atas apa saja topik sekalipun. Belgian boleh memilih mana-mana tajuk berkaitan, lokasi, peserta dan format. Saya tidak pernah gentar untuk berhujah dgn Mufti sepertinya. jika tewas, beliau perlu meletak jawatan sebagai seorang mufti dan berhenti memfitnah saya.

8. Saya cukup yakin bawa  ALLAH SWT Maha  mengetahui kebenaran dan DIA juga yang mengadili kita di dunia dan akhirat. Dan tukang fitnah akan menerima balasan yang setimpal di atas apa yang dilakukannya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap segala sesuatu.

Dr Zamihan Mat Zin al-Ghari.
Presiden ASWAJA (04.02.2016)

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana