Amboiiii Rasa Kuat Sangat Kah.....PAN Selangor sedia letak calon di kerusi PAS

SHAH ALAM: Parti Amanah Negara (PAN) Selangor bersedia untuk meletakkan calonnya di semua kawasan DUN dan Parlimen yang diwakili PAS.

Memetik laporan akhbar Sinar Harian, Pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata, dalam merealisasikan matlamat itu, pihaknya kini berada di peringkat mengenal pasti calon yang sesuai untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

"Kita dalam usaha menapis calon-calon yang bersesuaian selewat-lewatnya sebelum Ramadan (awal Jun) ini," beliau dipetik berkata.

Kata Izham lagi, Amanah Selangor kini mempunyai 6,000 ahli dan menyasarkan seramai 10,000 ahli kelak.

"Sasaran kita untuk mempunyai 10,000 ahli di selangor bakal tercapai berikutan sambutan masyarakat terhadap PAN amat menggalakkan menerusi setiap aktiviti dan program yang diadakan," katanya lagi.

Baru-baru ini, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan bahawa PKR mahukan prinsip satu lawan satu dipraktikkan dalam pengagihan kerusi sesama pakatan pembangkang pada PRU14.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor itu berkata, dalam mana-mana pilihan raya, perlu ada proses rundingan dan perbincangan kerana mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana