Tanda tanya mengenai ucapan penggulungan Timbalan Presiden UMNO pula...Tengku Adnan belum dapat bagi kepastian

Setelah perubahan dibuat pada perasmian perhimpunan sayap Pemuda,Wanita dan Puteri UMNO kali ini,timbul tandatanya apakah ucapan pengulungan diakhir Perhimpunan Agung UMNO juga akan dipinda.
Selain ucapan dasar Presiden semasa merasmikan perhimpunan,sesi pengulungan oleh Presiden,Timbalan Presiden,Ketua Pemuda,Wanita,Puteri dan lain-lain dikira antara detik-detik yang dinanti semasa perhimpunan itu.

Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru ini hanya membuat keputusan mengenai perasmian perhimpunan sayap yang kini akan dirasmi oleh ketua pergerakan masing-masing pada pagi 9 Disember tetapi belum sebut apa-apa mengenai sesi pengulungan pada 12 Disember.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor setakat ini belum dapat memberi sebarang kepastian lagi samaada ia akan berubah atau tidak.

Beliau yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur pagi Isnin menyerahkan kepada presiden dan anggota Majlis Tertinggi parti itu untuk menentukan sama ada Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat ucapan penggulungan pada perhimpunan agung kali ini.

Bagaimanapun, beliau berkata tidak terdapat dalam perlembagaan parti bahawa timbalan presiden perlu membuat ucapan penggulungan seperti kelaziman sebelum ini.

"Seorang (presiden) sahaja pun sudah memadai...tapi terserahlah pada presiden dan MT (Majlis Tertinggi)...saya hanya setiausaha agung sahaja," katanya.

Secara tradisinya, sebelum presiden UMNO menggulung perbahasan pada hari terakhir perhimpunan agung, barisan ketua-ketua sayap, naib presiden dan timbalan presiden akan dibenarkan berucap pada sesi penggulungan itu.

Mengulas lanjut, Tengku Adnan berkata tidak salah jika tradisi dalam UMNO yang tidak terdapat dalam perlembagaan diubah, seperti juga perubahan pada mesyuarat perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri yang akan dirasmikan oleh ketua sayap masing-masing pada perhimpunan kali ini.

"Macam sayap juga, mereka minta jika ucapan dasar ketua masing-masing boleh dijadikan ucapan perasmian mesyuarat, jadi tidak perlu lagi timbalan presiden rasmikan seperti sebelum ini," katanya.

Selasa lepas, mesyuarat MT UMNO memutuskan bahawa ketiga-tiga mesyuarat sayap UMNO akan dirasmikan oleh ketua pergerakan masing-masing dan tidak lagi oleh timbalan presiden.

Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan daripada semua sayap berkenaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana