Sekatan atlet Israel: PAS bersama dengan Umno

SHAH ALAM: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Zaharuddin Muhammad berkata, parti itu bersama Umno berhubung pendirian dalam isu kemasukan atlet Israel ke negara ini.

Menurut Zaharuddin, jika Umno sebagai pemerintah bersetuju menghalang kemasukan atlet tersebut, maka kerjasama PAS dan Umno dalam perkara makruf seperti itu adalah perlu.

"Jadi dalam isu ini PAS bersama Umno melawan DAP dan sekutunya. Tapi kalau Umno izinkan juga warga Israel masuk ke Malaysia, maka Umno juga kita akan lawan,"katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, dalam isu seperti Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), PAS tetap akan membantah sehingga ia berubah.

Katanya, orang Islam di negara ini perlu memahami konsep nasihat yang diterapkan agama.

"Dengan kata lain, ada masa kita nasihat. Justeru tiada ruang menjatuhkan Umno-BN pada masa sekarang kerana tiada PRU.

"Kalau Umno boleh berubah, Alhamdulillah.. Kalau tidak berubah, maka PRU nanti lawan tetap lawan kerana waktu itu adalah sebaiknya mengubah kerajaan dalam konteks demokrasi," katanya.

Terdahulu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dilaporkan telah menafikan visa dua peserta luncur angin dari Israel daripada memgambil bahagian dalam Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (ISAF) di Langkawi.

ISAF YWC 2015 yang berlangsung semalam hingga 3 Januari 2016 menerima penyertaan 446 pelayar muda dari 80 negara termasuk Brazil, Argentina, Mexico, Rusia dan Afrika Selatan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana