PAS belum 'putus habis' dengan DAP...Aikkk Masih Nak Menaruh Harapan Lagi Dengan DAP Ker?

PAS nampaknya masih berkira-kira untuk rujuk semula dengan DAP ... tapi membiarkan masa depan menentukan.
Dalam kata lain, hubungan kedua-dua parti itu masih belum 'putus habis' atau 'benci tapi rindu' selepas orang nombor dua PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pilihanraya Negeri  Sarawak akan menjadi penanda aras untuk menilai sikap DAP terhadap PAS.

Menurutnya PAS akan menjadikan PRN Sarawak untuk memerhatikan segala tindakan DAP bagi menentukan masa hadapan PAS dalam pakatan pembangkang.

"Kita akan meneliti Pilihanraya Sarawak ini saya fikir penting untuk lihat dari segi tindakan-tindakan DAP yang berlaku sehingga hari ini.

"Saya fikir dia bukan sahaja berkelahi dengan memutus hubungan dengan PAS tapi termasuk juga dengan rakan parti-parti lain.

Tuan Ibrahim berkata, pilihanraya negeri terdekat ialah Sarawak dan DAP sudah mengisytiharkan bertanding 30 kerusi dan ia kini sudah memutuskan hubungan bukan sahaja dengan PAS malahan juga PKR.

"Kita tengok macam mana, yang terdekat ini ialah Sarawak dan DAP sudah istiharkan bertanding 30 kerusi dan dia telah putus hubungan bukan dengan PAS sahaja malahan dengan PKR," katanya di sidang media di Ibu Pejabat PAS Isnin.

Ketika ditanya media mengenai penubuhan 'Pakatan Harapan Rakyat sebelum tibanya Pilihan Raya Umum ke-14, beliau menegaskan PAS berpendirian tidak akan menyertainya berikutan hubungannya dengan DAP sudah tidak wujud lagi.

"Saya ingat tanya DAP pun sama tidak setuju. Bagi kita, kita akan mengekalkan apa yang telah berlaku sekarang.

"Kita sudah membuat kenyataan kita hanya ada hubungan dengan PKR sahaja dan dengan Pakatan Harapan (PH) saya fikir PKR dah maklum bahawa kita sudah putus hubungan dengan DAP.

"DAP sudah putus hubungan dengan PAS dan tidak mungkin PAS akan sertai PH," tegasnya.

Mengenai Parti Amanah Negara (Amanah) yang ingin melahirkan 'anak sulung' mereka di Sarawak Tuan Ibrahim berpendapat adalah mustahil untuk Amanah menang di PRN itu.

"Kita tengok mengandung ke tidak.

"Kita sudah bertanding banyak kali di Sarawak dan bukan mudah bagi satu parti baru untuk menang. Walaubagaimanapun bagi PAS kita akan bertanding kerusi-kerusi yang PAS akan buat keputusan," ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana