Wan Azizah Pertahankan Tindakan Nurul Izzah Berjumpa Anak Pengganas Sulu

Benarlah bak kata orang, seorang ibu selalunya akan memenangkan anak beliau dalam apa jua keadaan. Namun sebagai seorang yang memegang jawatan ketua pembangkang di Parlimen, sepatutnya Wan Azizah dapat membezakan kewarasan perjumpaan dengan pengkhianat negara yang telah melancarkan serangan sehingga mengakibatkan pejuang negara terkorban dalam keadaan yang cukup sadis, melainkan mereka “sekapal” dengan musuh negara ini.

Baru-baru ini naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar telah mengadakan pertemuan dengan anak ketua penceroboh pengganas Sulu Jacel Kiram. Semua pihak amat maklum bahawa Jacel Kiram turut terlibat dalam pencerobohan pengganas Sulu ini. Oleh itu,tindakan ibu Nurul Izzah iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil mempertahankan tindakan anaknya itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian dianggap sebagai tindakan yang melampaui batas.

Presiden PKR itu memberi alasan pertemuan yang melibatkan anaknya itu diatur wakil pemimpin Filipina.

“Ia sesuatu yang dipanggil hos, bukan (Nurul) Izzah yang panggil (berjumpa),” katanya.

Apa sahaja alasan yang cuba diberi oleh Nurul Izzah dan Wan Azizah,hakikatnya mana-mana negara sekali pun akan menjalankan siasatan terhadap rakyatnya yang didapati telah bertemu dengan ‘musuh negara’ kerana tindakan itu adalah satu bentuk pengkhianatan.

Kebanyakkan rakyat Malaysia menganggap tindakan Nurul Izzah sebagai suatu ‘perbuatan keji’dan telah mengkhianati rakyat Sabah.Beliau juga dilihat sebagai memperlekehkan pegawai penguatkuasa undang-undang yang terkorban ketika mempertahankan negara daripada serangan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu pada 2013.

Mustahil Nurul Izzah tidak tahu bahawa Jacel adalah anak kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Sabah demi kepentingan tuntutannya terhadap negeri itu.

Jacel telah memuat naik gambar mereka bersama dalam Facebook yang menunjukkan kedua-dua wanita tersebut memegang poster menuntut pembebasan bapa Nurul Izzah, iaitu bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut khabar angin yang cukup viral beberapa ketika dahulu, Anwar Ibrahim dikatakan turut terlibat dalam pencerobohan pengganas Sulu di Sabah. Tambahan pula, sebelum serangan tersebut Anwar kerap mendendangkan lagu Sabah bakal hilang dalam banyak siri ceramah beliau.

Persoalannya, kenapa Wan Azizah bertindak mempertahankan anak beliau sedangkan Nurul Izzah sendiri menyatakan kekesalannya berhubung kegusaran yang timbul akibat foto beliau bersama anak perempuan bekas ketua pengganas kumpulan bersenjata Sulu tersebut.

Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Pertempuran tercetus pada antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh pada 1 Mac 2013 ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Insiden itu menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.

Sehari selepas itu, enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh semasa bertempur selain kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana