Macam Mana Pakatan Nak Menang Kalau Berkubur Sebelum PRU?

Sejak sudah bertukar bendera, bukan main lagi Datuk Saifuddin Abdullah membodek Pakatan Harapan yang kononnya berpeluang cerah untuk menjajah Malaysia pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti. Baik sunggu bodeknya…

Kata Saifuddin, memandangkan wujudnya anti-UMNO yang kuat, parti barunya itu akan menang pada PRU ke-14 nanti. Dia memberi contoh ‘terkena’ bahana akronim ABU yang menyebabkan dia kalah bertanding pada PRU ke-13 yang lalu.

Namun lain pula yang dinyatakan oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki. Pemimpin pembangkang ini mendakwa bahawa Pakatan Harapan akan berkubur lebih awal, tamat riwayatnya sebelum PRU ke-14 berlangsung.

Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Hujah Dr Mohd Zuhdi mendakwa bahawa sehingga kini DAP, PKR dan Parti Amanah Negara masih gagal untuk mencapai kata sepakat tentang banyak isu termasuk TPPA. Katanya, DAP menyokong perjanjian tersebut manakala PKR dan Amanah masih ‘playsafe’…

Soalnya, bagaimana untuk ada harapan menang PRU ke-14 jika Pakatan Harapan berkubur sebelum ia berlangsung, kan? Nampaknya ada perkara yang tidak kena tentang dua ramalan ‘ahli nujum’ berdua itu.

Penulis bukan ahli nujum. Namun apa yang jelas, memang benar ada unsur anti-UMNO sekarang. Namun itu perkara biasa bagi UMNO. Sejak awal merdeka lagi sentimen anti-UMNO itu sudah wujud. Biasalah, siapa lagi yang anti-UMNO jika bukan pembangkang, bukan?

Masalah yang melanda UMNO sekarang ini ialah masalah dalaman. Ada ‘pembangkang’ dalam UMNO, namun mereka mendakwa mereka ‘ahli UMNO sejati’. ‘UMNO sejati’ bagaimana jika rujuk dan percaya pada media propaganda pihak pembangkang? Itulah yang dikatakan ‘api dalam sekam’…

Namun penulis positif, masalah yang UMNO hadapi akan berjaya diselesaikan juga nanti. Sebagai sebuah parti politik tertua negara, UMNO pernah diuji dengan dugaan yang lebih berat dan mencabar. Namun segalanya dapat diselesaikan dan UMNO kembali mendapat sokongan dari majoriti rakyat.

Selaku sebuah gabungan baru, Saifuddin harus tahu bahawa partinya, DAP dan Mat Sabu masih ‘mentah’ dan memiliki hubungan yang goyah berbanding BN. BN punya perlembagaan dan peraturan bertulis, Pakatan Harapan ada? Setakat cakap mulut, baik mesyuarat di kedai kopi!

BN saling faham memahami dan hormat menghormati tentang perkongsian kuasa. Tapi Pakatan Harapan ada? Apa yang berlaku di Pulau Pinang sekarang? Siapa tempelak siapa? Hormat bagaimana hingga tuduh-menuduh begitu? Sampai ada yang menangis-nangis? Memalukan!

Mungkin kita masih mempunyai tempoh kira-kira dua tahun lagi sebelum ‘temasya’ PRU ke-14 bermula. Pun begitu, DAP, PKR dan Amanah sudah mula bertegang urat tentang kerusi yang bakal ditandingi? Sudah mula berebut DUN dan kawasan Parlimen? Macam itu dikatakan ‘pakatan’ yang ‘sepakat’?

Cubalah realistik sedikit. Apakah PKR dan Mat Sabu fikir DAP akan tunduk pada kehendak mereka? Dalam pengamatan penulis, DAP tidak akan sesekali bersetuju tentang sesuatu yang menguntungkan kepentingan mereka.

Cuba lihat apa yang berlaku pada PAS sebagai contoh. Setelah puas diperah keringat, ‘diperkudakan’ sewenang-wenangnya, mereka susun pula gerakan memecah-belahkan parti itu dan cuba menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kenapa? Kerana Abdul Hadi sudah sedar dan tidak mahu tunduk lagi pada DAP. Itu saja puncanya. Teruk PAS dihentam siang malam, pagi petang, kiri kanan, depan dan belakang. Tiap-tiap hari keluar kenyataan hentam Abdul Hadi dan kepimpinan PAS yang baru.

Apakah PKR dan Mat Sabu fikir DAP tidak akan memberi layanan yang serupa pada mereka nanti? Jika tidak percaya, cubalah berkeras dan bantah DAP. Baru saja lima Adun PKR di Pulau Pinang mengambil pendekatan berkecuali di DUN, sudah dihentam teruk. Masih lagi tidak serik?

Penulis kesal. Jika PKR dan parti Mat Sabu masih lagi tidak sedar, maka mereka mungkin wajar dijadikan contoh Melayu ‘Si Kitul’ yang tidak tahu diri. Mereka seolah-olah ‘dibutakan’, semata-mata untuk memenuhi tuntutan nafsu serakah politik sendiri. Sangat mengecewakan…

Cuma penulis mengharapkan agar Melayu-Melayu diluar sana cepat sedar dari permainan politik kurang ajar dan tidak sihat yang sedang dimainkan pihak pembangkang itu. Jangan nanti sampai ada yang menangis melihat ‘tanah yang dipijak bertukar menjadi milik orang’…

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana