Lihatlah Caranya Sikit Sikit Saman....Dah Terang Terangan Tu....Nurul Izzah Sahkan Dipanggil Polis, Pertimbang Saman Beberapa Pemimpin

KUALA LUMPUR: Nurul Izzah Anwar akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemimpin tertentu yang menuduh beliau melakukan pengkhianatan berhubung pertemuannya dengan Jacel Kiram.

"Saya akan berbincang dengan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu tertentu seperti Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang menyamakan tindakan saya dengan perbuatan khianat," katanya kepada pemberita di luar Dewan Rakyat, Rabu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga mengesahkan beliau telah dipanggil pihak polis berhubung isu ini dan mungkin akan mengadakan pertemuan dengan polis pada Khamis.

Mengenai kemungkinan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen beliau berkata akan menerimanya  dengan hati yang terbuka sambil menambah beliau tiada apa yang hendak disembunyikan.


"Kejadian ini berlaku di luar Dewan Rakyat. Tetapi jika Azalina ingin menambah satu lagi sebab untuk mengutuk seorang Ahli Parlimen pembangkang, sila teruskan. Senarainya panjang," katanya.

Naib Presiden PKR itu merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said yang pada Rabu, telah membawa usul untuk merujuk beliau kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen berhubung tindakan beliau.

Nurul Izzah telah bertemu Jacel di Manila awal bulan ini pada majlis makan malam yang dianjurkan.

Gambar kedua-dua mereka memegang poster 'Release Anwar Immediately' mencetuskan kemarahan ahli-ahli politik Barisan Nasional dan orang ramai selepas ia tersebar di media sosial pada minggu lalu.

Jacel adalah anak kepada Jamalul Kiram III, yang bertanggungjawab menghantar 200 Tentera Sulu untuk menyerang Lahad Datu pada tahun 2013.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana