Khairy pertahan keputusan pecat Hamidah…


Ketua Pemuda UMNO Malaysia,Khairy Jamaluddin mempertahankan keputusan Majlis Tertinggi UMNO memecat keahlian Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng,Datuk Hamidah Osman kerana sudah 'langgar batas'.

"Perlu ada displin parti. Ini parti politik...ini bukan pasar, kena ada disiplin, parti pembangkang pun (buat tindakan) sama," katanya.

Ditanya mengenai tindakan pemecatan itu tidak melalui Lembaga Disiplin parti, Khairy berkata kuasa tertinggi parti adalah Majlis Tertinggi, yang mempunyai kuasa muktamad untuk menentukan apa-apa tindakan disiplin.

Beliau juga menolak dakwaan Hamidah tindakan keatasnya petanda demokrasi sudah mati dalam UMNO.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur,Menteri Belia dan Sukan itu menilai ialah parti yang paling demokratik di Malaysia.

Sebagai contoh,katanya pemilihan Ahli Majlis Tertinggi dibuat hingga ke peringkat oleh ahli di cawangan.

“Parti lain seperti DAP,berapa ramai boleh undi Jawatankuasa Pusat.Mereka yang dapat undi terbanyak tidak menjadi Pengerusi.Jadi dari segi demokrasi ,UMNO paling demokratik,”katanya.

Lagipun ramai lagi yang kekal dalam parti sekalipun mengkritik kepimpinan.Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor telah menjelaskan Hamidah dipecat kerana hadiri majlis pembangkang.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohammad berkata pemecatan Hamidah daripada parti itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Beliau berkata ini kerana laporan pelanggaran disiplin parti oleh Hamidah telah dikemukakan oleh UMNO bahagian Gopeng kepada Lembaga Disiplin parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana