Video Mulut Kau Ni.....PAS hilang keyakinan diri, kata Khalid Samad

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah), mendakwa PAS kini semakin hilang keyakinan diri apabila asyik menghebahkan ia adalah sebuah parti yang terkuat dan mampu berjuang sendiri.

Ahli Jawatankuasa Amanah, Abdul Khalid Samad berkata, sikap sedemikian hanya ditunjukkan oleh golongan yang tiada keyakinan diri.

"Kita kena gandingkan kekuatan kita. Malangnya parti lama saya, iaitu PAS, apabila kita anjurkan Himpunan Bersih 4.0, mereka tidak mahu turun sebab mereka nak tunjuk kuat. (Katanya) Bila PAS tidak turun maka sokongan orang Melayu tidak ramai.

"Tetapi siapa kisah anda (PAS) kuat atau tidak? Yang pentingnya jika kamu kuat sepatutnya turun bersama untuk tunjukkan kepada Umno-BN bahawa rakyat sedang marah dengan hal-hal rasuah dan penipuan yang dilakukan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Ceramah Pakatan dan Harapan di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Taman Seraya, malam tadi.

Bukan itu sahaja, ujar Khalid, sejak kematian Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat, sikap kepimpinan PAS kini kelihatan amat berbeza kerana tidak lagi mementingkan kemenangan.

Ahli Parlimen Shah Alam itu mendakwa, hal itu amat mengecewakan bekas kumpulan progresif PAS yang selama ini beria-ia menaikkan imej PAS dari sebuah parti 'kampung' setanding dengan parti-parti politik yang lain.

Malah keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP yang dilakukan PAS ternyata tidak menggembirakan kumpulan itu.

"Selama 32 tahun kita bina PAS dari sebuah parti yang kecil, dari parti Pantai Timur yang tiada pengaruh langsung selain hanya di Kelantan dan Terengganu, kita membina PAS sebagai sebuah parti politik arus perdana.

"Dan orang berjaya melihat PAS sebagai sebahagian daripada Pakatan Rakyat (PR) dan gabungan yang mempunyai potensi untuk menggantikan Umno-BN," tegasnya.

Khalid yang pernah menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat juga mendakwa tindakannya keluar PAS dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah satu pengorbanan yang besar pernah dilakukannya setakat ini.

Dakwanya, ia perlu dilakukan demi bergabung dengan PKR dan DAP yang berkongsi hala tuju politik untuk mengalahkan Umno-BN.

Kira-kira 50 orang sahaja menghadiri ceramah umum malam tadi.

Selain Khalid, turut berucap adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Bagaimanapun kelibat Presiden Amanah, Mohamad Sabu tidak kelihatan meskipun wajahnya terpampang di poster ceramah itu sebagai salah seorang ahli panel ceramah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana