Tarif elektrik kekal 
sehingga tahun depan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Tenaga memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan kadar tarif elektrik sehingga 2016.

Pengerusinya, Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata, berdasarkan kajian dan pengiraan kos penjanaan dan pembahagian elektrik, kadar tarif itu akan kekal sehingga tahun depan.

“Selaku suruhanjaya yang mengawal selia Tenaga Nasional Berhad (TNB), tarif elektrik ini ditentukan secara munasabah dengan melihat setakat mana kemampuan TNB dan rakyat untuk menanggung kosnya.

“Pada masa ini tarif akan dikekalkan dan tidak akan berlaku kenaikan sehingga tahun depan, selepas itu kita akan semak balik kos penjanaan dan pembahagian sebelum membentangkan kepada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga (SOME) sempena Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Tenaga Ke-33 dan Mesyuarat Berkaitan (AMEM Ke-33), semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata, kadar tarif elektrik negara antara yang termurah dalam kalangan negara anggota ASEAN.

“Tarif elektrik kita agak murah berbanding negara seperti Singapura dan Filipina, namun lebih kurang dengan Thailand, tetapi Indonesia lebih murah,” katanya.

Menjelaskan berhubung mesyuarat berkenaan, Abdul Razak memberitahu, antara perkara yang dibincangkan adalah untuk mencari kaedah terbaik bagaimana untuk mengoptimumkan keseimbangan penggunaan tenaga khususnya bagi gas asli, hidro, arang batu dan tenaga diperbaharui.

“Kita tahu tentang kesan persekitaran sekiranya menggunakan arang batu tetapi kita boleh seimbangkan dalam memastikannya tidak membawa kepada kesan rumah hijau.

“Justeru kita perlu melakukan kepelbagaian supaya kita tidak terlalu bergantung kepada satu sumber sehingga menjejaskan bekalan tenaga,” katanya.

Jelasnya, peratusan kebergantungan Malaysia terhadap tenaga adalah pada kadar 45 peratus bagi gas asli, 45 peratus arang batu, enam peratus pada hidro dan selebihnya terhadap tenaga diperbaharui,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana