Syabasss.....Tun Mahathir Jangan Alih 'Tiang Gol’ - Hishammuddin

KUALA LUMPUR 6 Okt - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menasihati bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya tidak mengalihkan tuduhan yang sering ditukar pada setiap masa.

Hishammuddin juga merupakan Menteri Pertahanan berkata ia bukan satu perkara yang baru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah dilemparkan tuduhan oleh Mahathir.

"Mereka yang melakukan tuduhan terhadap Perdana Menteri sering mengalih tiang gol dan tuduhan ini sering berubah-ubah mengikut masa.

"Jadi ia merupakan tiket yang menjadikannya lebih teruk mengenai tuduhan terkini oleh Tun.

"Bila tiang gol sering diubah-ubah yang mana apa yang diramal sebelum ini jika tidak menjadi boleh diubah kepada sasaran lain.

"Ini sepatutnya tidak dilayan oleh pihak berkenaan kerana itu boleh menyentuh kepada polimik dan memecah belahkan kita. Lebih-lebih lagi dalam parti," katanya kepada pemberita ketika membuat sidang media Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Mahathir menuduh Najib enggan meletak jawatan ekoran didakwa sedang “takut” dan bimbang akan dipenjarakan apabila siasatan dijalankan terhadap dakwaan yang dikaitkan dengannya.

Bahkan, Mahathir juga berkata, nilai ringgit dan keadaan ekonomi negara akan pulih jika Najib tidak lagi menjadi perdana menteri.

Katanya, skandal 1MDB yang dikaitkan dengan Najib selain isu derma RM2.6 billion merupakan penyumbang utama kepada penurunan mata wang yang kini mencecah RM4.45 bagi setiap AS$1.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana