STRATEGI PERMAINAN POLITIK DAP



Sudah lama saya memikirkan why, why, why DAP asyik menghentam orang Melayu. Apa yang mereka dapat dari perbuatan ini?

Beberapa hari sudah saya membuat satu post yang menyatakan kehairanan saya mengapa DAP asyik menghentam kaum Melayu dan mempersendakan agama Islam sedangkan mereka memerlukan undi kaum Melayu kerana dari PRU13 mereka telahpun mendapat sokongan di antara 85%-95% dari pengundi Cina.

Saya baru teringat pernah seorang penganalisa politik memberitahu saya bahawa strategi DAP membuat sebegitu adalah sebenarnya untuk mendapat sokongan Melayu "liberal".

"Huh?", jawapan saya.

Ini huraian yang di jelaskan kepada saya.

DAP sedar bahawa mereka tidak akan mendapat sokongan dari sebahagian besar bangsa Melayu tetapi sekurang-kurangnya mereka cuba untuk mendapat undi golongan Melayu liberal yang akan "react" kepada Melayu konservatif.

Dengan mengapi-apikan sentimen bangsa Melayu, orang Melayu akan marah dan DAP tahu di dalam mana-mana kaum akan terdapat segmen kaum tersebut yang lebih bersayap kanan dari majoriti kaum tersebut.

DAP dengan sengaja mahu segmen kanan kaum Melayu ini bertindakbalas, dengan melontar kembali sentimen yang tidak kurang pedasnya kepada DAP.

Dengan ini, golongan liberal Melayu akan menjauhi menyokong parti politik Melayu dan sebaliknya menyokong DAP ataupun sekurang-kurangnya menjauhi diri mereka dari menyokong parti bangsa mereka yang mereka fikirkan sudah menyimpang jauh dari nilai-nilai liberal ataupun nilai-nilai kesederhanaan mereka.

Inilah mengapa DAP tidak berhenti-henti membuat provokasi. Mereka mahu orang Melayu bertindakbalas. Dan kita boleh lihat bagaimana golongan Melayu bandar dan elit tidak suka dengan tindakbalas yang di suarakan oleh orang Melayu konservatif.

Hanya satu cara untuk mematahkan strategi DAP ini.

Kita jangan melenting - kita jangan memberi kenyataan seperti "Keluar pendatang!". Penyokong-penyokong DAP tidak akan keluar pun. Mereka tidak lut dengan apa pun yang kita lontarkan kembali. Malah lagi kita melenting, lagi nyaring dan kuat suara kita, lagi mereka bertepuk tangan. Hajat dan tujuan mereka termakbul. Divide and conquer.

Kita perlu bertindak dengan lebih rasional dan bukan secara emosional. Semakin kita melenting, semakin jauh sokongan orang Melayu urban.

Kita juga yang rugi undi nanti.

Saya mohon agar sebarkan posting ini supaya kita dapat sedikit-sebanyak mengurangkan keberkesanan strategi DAP ini. Ribuan terima kasih saya dahulukan. Wassalam.

- perkongsian dari seorang kawan

Comments

Popular posts from this blog

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL