SOSMA Tidak Terhad Untuk Pengganas Saja - Peguam Negara

KUALA LUMPUR 13 Okt - Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menegaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 tidak terhad kepada keganasan atau pengganas semata-mata.

Beliau berkata, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2014 hanyalah undang-undang prosedur yang memperuntukkan langkah khas bagi tujuan penyiasatan dan pendakwaan "kesalahan keselamatan" terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

"Kedua-dua individu berkenaan semalam didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan SOSMA seperti yang didakwa sesetangah pihak.

"Definisi "kesalahan keselamatan" jelas menunjukkan yang SOSMA tidak hanya terhad kepada keganasan atau pengganas," katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Kenyataan beliau merujuk kepada kecaman beberapa pihak termasuk mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mempertikaikan penahanan Khairuddin dan Matthias di bawah akta berkenaan.

Dalam pada itu, Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya menutup siasatan Bank Negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ini disebabkan tidak ada kewajipan untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh Bank Negara sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana