Siapa PKR NI....PAS kena ada pendirian teguh berhubung kerjasama di Selangor - PKR

SHAH ALAM: Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar mengingatkan PAS agar tidak mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan berkait kerjasama parti itu di dalam kerajaan Selangor.

"Jika PAS nak keluar atau bersama dengan kita di Selangor, mereka kena buat ketetapan dan seterusnya buat perbincangan. (Tetapi) Sekarang tidak ada apa-apa, kita kerja macam biasalah," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

Xavier berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Dewan Ulama PAS yang mahu parti itu mempertimbangkan keputusan untuk keluar dari pakatan kerajaan Selangor.

Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, tindakan itu perlu selepas DAP membentuk pakatan pembangkang yang baru tanpa penglibatan PAS baru-baru ini.

Malah hal itu juga dikatakan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik PAS tidak lama lagi.

Xavier dalam pada itu menegaskan pentadbiran kerajaan negeri masih berjalan dengan baik meskipun PKR dan DAP bergabung dengan Parti Amanah Negara (Amanah) melalui Pakatan Harapan pada 22 September lalu.

"Tiada masalah di Selangor dan kita masih bekerjasama. Pakatan Harapan adalah untuk negara. Untuk negeri kita ada polisi yang lain. Dan contoh-contoh di seluruh negara pun ada cara sebegini," tegas ADUN Sri Andalas itu lagi.

Terdahulu PAS Selangor menerusi Setiausahanya, Khairuddin Othman menegaskan akan meneruskan kerjasama dengan kerajaan negeri meskipun sayap parti itu mahu kerjasama dalam pakatan negeri dipertimbangkan.

Khairuddin dalam pada itu menyifatkan kenyataan itu sebagai pandangan Dewan Ulama semata-mata tanpa mewakili keseluruhan parti.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana