'Saifuddin, Keluarlah UMNO Jika Ada Harga Diri' - Razlan Rafii

KUALA LUMPUR 2 Okt - Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Razlan Rafii mendesak bekas timbalan menteri Datuk Saifuddin Abdullah agar meninggalkan UMNO susulan tindakannya  hadir dalam pertemuan pembentukan gabungan baru pembangkang Pakatan Harapan baru-baru ini.

Beliau turut mengibaratkan kes Saifuddin dengan keadaan di tempat kerja yang mana seseorang pekerja harus meletakkan jawatan jika tidak lagi berminat untuk berkhidmat di tempat itu.

“Kalau ada harga diri yang tinggi, janganlah sampai orang nak kena buang dia.

“Jangan buat masalah kepada orang lain sampai nak kena buang kerja, nak kena surat amaran atau macam-macam lagi,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Razlan menegaskan, berdasarkan ulasan Saifuddin jelas dia berpendapat formula UMNO menyelesaikan masalah Melayu tidak seiring dengan idea “politik baru” yang diketengahkannya.

“Jadi kalau beliau percaya kepada politik baru ini boleh diterima rakyat, pergilah buka parti baru atau pergi masuk pembangkang,” katanya.

Walaupun sering mengeluarkan pandangan melawan arus, tindakan Saifuddin hadir ke mesyuarat pembentukan gabungan baru DAP, PAS dan Parti Amanah Negara (AMANAH) kali ini membuatkan beliau menerima surat tunjuk sebab daripada partinya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana