Padan Mukanya....Peguam Khairuddin Ditahan Di Bawah Sosma

KUALA LUMPUR: Matthias Chang, peguam kepada bekas Naib Pengerusi Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Hassan, ditahan sejurus selepas berkunjung ke Balai Polis Dang Wangi pada Khamis.
Difahamkan Chang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas (Sosma) 2012.

Peguam Chang, Fahmi Moin, berkata anak guamnya ditahan selepas beliau melawat Khairuddin pada pukul 2 petang Khamis.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 124 (K) dan 124 (L) Kanun Keseksaan. Dia kini ditahan selama 24 jam di bawah Sosma.

"Selepas itu, ia bergantung kepada pihak polis sama ada mahu melepaskan atau menahannya lagi sehingga 28 hari, '' kata Fahmi.

Seksyen 124 digunakan atas kesalahan yang dianggap menjejaskan demokrasi berparlimen.

Penangkapan Chang dibuat selepas penahanan Khairuddin, juga di bawah Sosma selepas beliau membuat beberapa laporan di luar negara, termasuk Singapura, Switzerland, Perancis dan Hong Kong, terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Khairuddin pertama kali membuat laporan polis terhadap 1MDB pada 12 Disember tahun lalu berikutan laporan dalam media tempatan dan antarabangsa menunjukkan kelemahan dalam pengurusan syarikat itu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana