Misteri tujuh murid Orang Asli hilang... satu mayat ditemui

Ingat kisah tujuh anak-anak Orang Asli yang melarikan diri dari sekolah kerana takut dimarahi guru dua bulan lepas...?
Lewat petang Rabu ada satu mayat budak perempuan berusia 7 hingga 9 tahun, dipercayai seorang daripada murid Orang Asli yang hilang ditemui dalam Sungai Perias berhampiran Pos Tohoi, Gua Musang.

Yang hairan bin ajaiabnya... mayat yang ditemui kira-kira 7 malam itu hanya 500 meter daripada pusat operasi SAR di Pos Tohoi.

Mayat itu ditemui seorang penduduk kampung yang kemudian memaklumkan kepada pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjalankan operasi mengesan tujuh murid Orang Asli itu.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Saiful Bahri Abdullah mengesahkan penemuan mayat itu.

"Pasukan menyelamat mengambil masa hampir setengah jam untuk mengeluarkan mayat yang tersangkut pada ranting kayu dekat celah batu.

"Petugas juga berdepan kesukaran kerana air sungai yang deras dan dalam," katanya ketika ditemui di Hospital Gua Musang (HGM).

Mayat yang mereput dan bengkak itu dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan proses pengecaman akan dilakukan pagi Khamis.

"Belum pasti lagi sama ada mayat ini adalah seorang daripada tujuh murid Orang Asli yang hilang itu. Kena tunggu bedah siasat," katanya.

Pada 23 Ogos lalu, tujuh murid SK Tohoi lari dari asrama kerana bimbang dimarahi pihak sekolah kerana mandi di sungai.

Ketujuh-tujuh murid yang hilang ialah Mirsudiar Aluj (11); Noreen Yaakub (10); Ika Ayel (9); Sasa Sobrie (8); Haikal Yaakub (8); Linda Rosli (8) dan Juvina David (7).

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana