Macam Gelabah Jer....Azmin Ni....Khalid Jangan Sibuk, Kata Azmin

SHAH ALAM 9 Okt – Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dinasihatkan supaya tidak mencampuri uru­san dalaman PKR memandangkan Ahli De­wan Undang Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang itu kini bukan lagi ahli parti.

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mendakwa, parti itu di bawah kepemimpinan Presiden, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kini semakin kukuh tanpa sebarang perpecahan.

“Dia (Abdul Khalid) bukan lagi ahli parti, jadi jauhilah PKR. Kami tahu bagaimana nak uruskan sendiri parti kami.

“Seperti saya katakan, parti (PKR) kuat dan bersatu, tiada pasukan ketiga atau keempat. Satu parti, satu ke­pimpinan dan satu suara,” katanya kepada pemberita di lobi Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, semalam.

Kelmarin Abdul Khalid dalam laman Facebook miliknya menyatakan tidak hairan jika wujud gerakan kuasa ketiga dalam PKR untuk menubuhkan sebuah parti baharu ekoran kegagalan pengurusannya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana