Lagi..pasal isu Saifuddin hadir majlis pembangkang...Menyampah Melihatnya

Politik ialah persepsi.Malah sudut itu yang dipersoal oleh Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku AdnanMansor mengenai kehadiran Datuk Saifuddin Abdullah pada majlis sidang meja bulat anjuran pembangkang dan pelancaran Pakatan Amanah pada 22 September lalu.

Saifuddin ialah bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan bekas Timbalan Menteri dan bekas Ahli Parlimen BN.

Walaupun kehadiran Saifuddin ke majlis berkenaan dikatakan bukan atas kapasitinya sebagai ahli UMNO ianya tetap mencetuskan persepsi negatif dan membangkitkan persoalan mengenai motifnya.

Kata Tengku Adnan ini persepsi sebab yang hadir ialah bekas timbalan menteri dan ahli UMNO.Itu kalau kita nak imbas balik kenyataan Setiausaha Agung UMNO itu mengulas pasal isu Saifuddin.

Katanya surat tunjuk sebab 14 hari akan dikeluarkan pada Saifuddin.Jika beliau gagal berbuat demikian kesnya akan dirujuk kepada Lembaga Disiplin UMNO.

Kehadiran Saifuddin yang dakwanya atas kapisiti Pengerusi Akademi Belia juga telah mencetuskan rasa kurang senang ramai ahli dan pemimpin UMNO.

Ini kerana ia bukan sekadar satu sidang meja bulat yang dihadiri oleh parti-parti pembangkang kecuali PAS tetapi ia juga majlis pelancaran Pakatan Amanah yakni pakatan baru PKR-DAP dan Parti Amanah.

Isu Saifuddin telah kembali mencuri perhatian Rabu bila Pemangku Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Megat Najmuddin Megat Khas  menilai ‘ tak salah’ beliau hadiri majlis anjuran pembangkang itu.


Beliau dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata jika sekadar hadir dan tidak kondem parti di majlis itu maka ia tidak jadi masalah.

“Kita juga ingin tahu apa yang pembangkang kata dan buat,”katanya lagi.Dalam pada itu portal berita itu memetik kenyataan pemerhati politik yang dakwa adalah tidak demokratik UMNO ambil tindakan keatas ahlinya yang ambil bahagian dalam aktiviti di luar parti.

Disebalik semua ini apa yang dilihat menjadi masalah di sini ialah tindak tanduk seperti ini bukan menjadi amalan biasa dikalangan ahli dan pimpinan UMNO.

Ia lebih kepada Saifuddin sendiri yang kebelakangan ini dilihat banyak ‘buat perangai’ dalam kenyataan-kenyataanya menyentuh pembangkang dan isu-isu semasa.

Beliau dikatakan cuba memberi gambaran seolah dirinya cukup terbuka sedangkan pembangkang sendiri tidak pernah kendur dan bersikap agresif terhadap segala hal tentang UMNO dan BN.

Ramai yang bertanya apa pencapaian Saifuddin selama ini dalam nak tunjuk beliau kononya demokratik sangat dalam politik.Contoh yang nyata kawasan Parlimen Temerloh yang sebelum ini pernah dimenanginya sepenggal pun gagal dipertahankan.

Lagipun majlis 22 September itu bukan saja satu forum tetapi pelancaran satu pakatan pembangkang untuk lawan BN dalam arina politik.

”Mesej apa yang nanti terpancar dari tindak tanduk pemimpin UMNO yang begitu di kaca mata ahli dan orangramai di luar sana.

”Ini semua syok sendiri yang tak ke mana.Kita saja yang tunjuk baik tetapi pembangkang peduli apa,”kata seorang pemerhati politik yang tetap anggap tindak tanduk Saifuddin adalah salah.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana